fbpx

McDonald’s terus berkembang di Israel, Johnson & Johnson ditutup

McDonald’s terus berkembang di Israel, Johnson & Johnson ditutup

McDonald’s terus berkembang di Israel, Johnson & Johnson ditutup

McDonald’s mengembangkan perniagaannya di Israel dengan menceburi pasaran bar kopi espreso melalui produk yang dikenali sebagai McCafé. Cawangan-cawangan baru rangkaian perniagaan tersebut menyerlahkan gaya baru bar kopi dengan menggunakan tempat duduk yang lebih selesa, pinggan mangkuk porselin dan pastri yang diimpot dari Perancis. McDonald’s mula beroperasi di Israel pada tahun 1993. Kini terdapat lebih dari 80 cawangan rangkaian perniagaannya di seluruh Israel. Pada tahun 2006, McDonald’s mula menjual makanan kosher kepada pelangannya di beberapa cawangan di Israel.

McDonald’s adalah merupakan antara rakan korporat terbesar kepada Jewish United Fund (JUF,) Chicago. JUF mempunyai hubungan teguh dengan negara haram Israel melalui pelbagai jaringan kerjasama dan bantuan perdagangan, profesional dan sosial. Sebagai contoh, melalui program Partnership 2000, JUF telah menyalurkan bantuan sebanyak USD 1.3juta setiap tahun bagi tujuan pembangunan daerah di bandar Kiryat Gat, di tengah Israel. Kiryat Gat, yang juga menempatkan kilang Intel Fab18, merupakan sebuah bandar perusahaan yang dibina di atas tanah Palestin yang dirompak – tanah perkampungan Iraq Al Manshiya dan Al-Faluja, yang mana penduduk etnik asalnya diusir atau dibunuh pada tahun 1949. Melalui Suruhanjaya Israelnya, JUF berfungsi untuk memastikan sokongan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika ke atas Israel. Mereka juga menjaga kepentingan Israel dalam menangani dan mengeksploitasi media. Sementara itu, Ynet juga melaporkan syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson akan menutup ibu pejabatnya di Israel. Johnson & Johnson telah beroperasi di Israel sejak 13 tahun lalu. Semua 20 orang pekerjanya, termasuk ketua eksekutif, dibuang kerja. Walau bagaimanapun, produk Johnson & Johnson akan terus dipasarkan di Israel melalui pengurusan ibu pejabatnya di Switzerland.  Johnson & Johnson merupakan sebuah lagi syarikat yang banyak membantu kepada pembangunan negara haram Israel. Pada tahun 1998, sempena perayaan Jubli 50 tahun penubuhan negara haram Israel, Johnson & Johnson telah menerima anugerah penghormatan tertinggi oleh Perdana Menteri Netanyahu sebagai mengiktiraf peranan mereka menguatkan ekonomi Israel melalui pelaburan dan jaringan perdagangan. Antara produk Johnson & Johnson yang pasarkan di negara kita termasuklah tuala wanita Carefree, pencuci oral Listerine, produk kecantikan Clean & Clear dan pelbagai produk bayi yang membawa jenama Johnson’s. [Sumber berita Ynet News Israel, fakta Innovative Minds UK dan laman web syarikat berkenaan]