fbpx

MATRI Catat Rekod Cemerlang

MATRI Catat Rekod Cemerlang

MATRI Catat Rekod Cemerlang

TUNJUNG, PERLIS, 19 Jan 2017 – Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) di sini hari ini telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNP).

Mereka datang untuk mengucapkan tahniah kerana empat orang calon maahad berkenaan berjaya mencapai kelulusan tertinggi Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di seluruh Perlis pada ujian tahun 2016. JPNP juga telah mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja dan warga pendidik MATRI atas usaha gigih mereka mendidik para pelajar dengan cemerlang.

Para pelajar terbaik STAM 2016 tersebut adalah:-

Kamaliya Khairina binti Jamalludin,
Sharifah Fatimah binti S Muhamad Haleem,
Moriah Reza binti Muhamad Rizal, dan
Siti Hajar Hanisah binti Yunus.

Kesemua pelajar tersebut juga telah terlibat di dalam program Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2016 sebagai fasilitator dan Timbalan Kem Komandan. Selain cemerlang dalam bidang akademik, kesemua mereka juga aktif di dalam projek-projek kesukarelawan dan dakwah masyarakat.

MATRI telah banyak mengeluarkan lulusan yang menceburi pelbagai bidang di peringkat universiti dalam dan luar negara. Ramai di antara mereka telah berkhidmat di pelbagai sektor di seluruh negara. MATRI adalah salah sebuah sekolah angkat HALUAN yang bekerjasama dalam mempertingkatkan kesedaran khidmat kesukarelawanan di kalangan pelajar-pelajar dalam pelbagai peringkat umur.

HALUAN mengucapkan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah mengambil peperiksaan STAM di seluruh negara. Walau apapun keputusan yang diperolehi, sentiasalah menghalusi dan menggenggam kecenderungan untuk terus Berakhlak, Mendidik & Berbakti kepada masyarakat walau di mana anda berada.


Laporan Biro Penerangan