fbpx

Mangsa Banjir Kelantan Disantuni

Mangsa Banjir Kelantan Disantuni

Mangsa Banjir Kelantan Disantuni

BANDAR BARU BANGI, 14 Jan 2017 — HALUAN dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir masih diteruskan walaupun keadaan banjir di Kelantan bertambah baik.

Pada 13 Januari lepas, HALUAN diketuai oleh Dr Mohd Ariff Mohd Rashid telah menghantar pasukan relawan untuk menyerahkan bantuan berupa makanan kepada mangsa banjir di Kampung Kalo dan Kampung Kolam, Meranti, di Pasir Mas.

Majlis di Surau Kampung Kolam itu juga dihadiri oleh YB ADUN Meranti, YB Nasarudin Daud di mana seramai 50 keluarga dari kedua-dua buah kampung telah menerima sumbangan yang merupakan beras, gula, sardin dan biskut.
Teruskan sumbangan anda melalui akaun berikut:

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam
1402 3010 0257 18
*Sila email/whatsapp/fax slip sumbangan dengan tajuk [Banjir]


Laporan Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja Biro Kebajikan