fbpx

Malam Untukmu Gaza di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis

Malam Untukmu Gaza di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis

27 Februari 2009. Sekretariat Haluan Palestin dengan kerjasama  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Perlis telah menjayakan program Malam Untukmu Gaza di Dewan Utama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran hampir 4 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri Perlis, meliputi jemputan khas yang terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu, Ahli Dewan Negara, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Perlis, termasuklah Pengetua-Pengetua, Pegawai-Pegawai Masjid serta Imam-Imam seluruh negeri dan barisan JKKK kampung-kampung di negeri Perlis.