fbpx

Majlis Sambutan Hari Raya AIidiladha di Langkawi

Majlis Sambutan Hari Raya AIidiladha di Langkawi

Majlis Sambutan Hari Raya AIidiladha di Langkawi

LANGKAWI, 18 November 2010 – HALUAN Malaysia dengan kerjasama Asrama Anak Yatim dan Miskin, Langkawi (AHPL) telah mengadakan majlis korban bersempena dengan Hari Raya Aidiladha di perkarangan AHPL.


Sebanyak tiga ekor lembu lembu telah dikorbankan pada majlis tersebut. Dua ekor lembu dikorbankan di AHPL manakala seekor lagi dikorbankan di sebuah masjid berdekatan. Dua ekor lembu merupakan korban anggota HALUAN yang diuruskan oleh HALUAN Pusat dan HALUAN Kedah, manakala penaung AHPL, Tuan Haji Roslan Bin Ibrahim pula menyumbang salah seekor daripada tiga ekor lembu tersebut. Satu majlis jamuan makan tengahari untuk masyarakat setempat turut diadakan bersempena majlis korban tersebut. Sambutan masyarakat setempat adalah menggalakkan.

Majlis korban ini turut dihadiri oleh Ketua Biro Pusat Jagaan HALUAN, Sdr. Abdul Halim Khudri serta wakil-wakil daripada HALUAN Malaysia dan HALUAN Kedah.