fbpx

Majlis Keselamatan PBB Mengutuk Tindakan Israel, Seru Bebaskan Aktivis

Majlis Keselamatan PBB Mengutuk Tindakan Israel, Seru Bebaskan Aktivis

1 Jun – Majlis Keselamatan PBB mengutuk tindakan yang menyebabkan kematian orang awam dalam serangan Israel pada awal pagi Isnin (31/5) terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza. Dalam kenyataan rasmi yang telah dipertimbangkan setelah lebih dari 12 jam perundingan tertutup diadakan, dewan meminta agar dibebaskan kapal dan warga awam yang ditahan Israel dan meminta siasatan dilakukan tanpa memihak.

Sebelum sidang tergempar diadakan, hampir semua 15 ahli dewan merasa kesal atas serangan yang dilakukan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 aktivis yang berada di dalam kapal dan puluhan lagi cedera. “Perkara ini sangat jelas sebelumnya bahawa sekatan Israel pada akses ke Gaza harus dihentikan sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamatan 1860,” Mark Lyall Grant, Duta Besar Britain, memberikan kenyataannya pada hari ini (1 Jun). “Sekatan saat ini tidak boleh diterima dan terkebelakang”, kata Grant. Perancis, Rusia dan China juga menyeru kepungan terhadap Gaza dihentikan. Amerika Syarikat, sekutu tradisional Israel, tidak meminta secara khusus bahawa Israel harus menamatkan kepungan di Semenanjung Gaza. Walaubagaimanapun mengisyaratkan bahawa jangkawaktu pengepungan tersebut wajar diperhalusi. Alejandro Wolff, wakil tetap AS, mengatakan bahawa Washington “sangat terganggu oleh kekejaman yang terjadi dan menyesali atas tragis yang menyebabkan kehilangan  nyawa dan kecederaan”. (aljz/wb/ hp)