fbpx

Majlis Guru Besar Terengganu Cakna Palestin

Majlis Guru Besar Terengganu Cakna Palestin

Majlis Guru Besar Terengganu Cakna Palestin

MARANG, 27 Julai 2010 — Majlis Guru Besar Terengganu dengan kerjasama HALUAN Cawangan Terengganu telah mengadakan Ceramah Perkongsian Pengalaman aktivis Lifeline For Gaza (LL4G) yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di sini.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Terengganu, Tn Hj Yusuf bin Karim. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga kerana diantara sukarelawan HALUAN yang terlibat dalam konvoi LL4G adalah seorang pendidik, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Islam Teras, Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Ustaz Al-Hami juga merupakan Timbalan YDP HALUAN Pulau Pinang.

Program dihadiri lebih kurang 250 orang yang terdiri daripada pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru.

Kehadiran Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi turut diiringi oleh YDP Haluan Terengganu, En Ishak Yusuf dan Pengerusi HALUANPalestin Terengganu, En Mohd Jamil bin Muda.

Pada sebelah malamnya pula, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi menyampaikan ceramahnya di masjid Felda Jerangau Hulu Terengganu.