fbpx

Mahabbah Dinner Erat Silaturahim Mahasiswi Nilai

Mahabbah Dinner Erat Silaturahim Mahasiswi Nilai

Mahabbah Dinner Erat Silaturahim Mahasiswi Nilai

NILAI, 12 Sept 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Nilai telah menganjurkan Jamuan Awal Semester atau lebih dikenali sebagai Mahabbah Dinner bertempat di Taman Perumahan Desa Anggerik, Nilai. Mahabbah Dinner telah menghimpunkan seramai 52 orang mahasiswi dari pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT) sekitar kawasan Nilai.

Objektif utama Mahabbah Dinner adalah untuk membina kesedaran Islam di samping memupuk ukhuwwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam) di kalangan peserta.

Program ini telah dimulakan dengan aktiviti ‘taaruf game’ antara peserta-peserta dengan tujuan untuk membina jalinan ukhuwah antara mereka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian oleh Puan Norazila Mat yang berkisar tentang ‘Hakikat Kebahagiaan’. Di dalam perkongsian ini, beliau memetik bingkisan ilmu yang dinukilkan oleh Ibn Qayyim yang menerangkan tiga jalan untuk menggapai kebahagiaan.

Pertama ,bersyukur ke atas segala nikmat yg Allah SWT berikan. Kedua, sabar dan tabah dalam menghadapi musibah yang menimpa dan yang ketiga, memohon keampunan atas segala kesalahan dengan beristighfar dan bertaubat.

“Justeru, haruslah setiap daripada kita memilih jalan menuju kebahagian dengan meletakan Allah SWT sebagai matlamat hidup,” rumus beliau.

Kemudian program diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diakhiri dengan sesi jamuan makan bersama. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh para peserta seoptimanya beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dalam lingkaran yang sungguh mesra.

Secara keseluruhan, program berjalan dengan baik dan lancar. Para peserta memberikan komitmen yang baik dan memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Adalah diharapkan agar para peserta mendapat input yang berguna daripada program ini dan dapat memanfaatkannya sebagai bekalan dalam menempuhi cabaran di alam IPT yang penuh cabaran.

Laporan oleh ‘Atiqah Ruqayyah Bt Zabidi, HALUANSiswa Nilai