fbpx

Lima Peluang Wanita di Bulan Ramadan

Lima Peluang Wanita di Bulan Ramadan

Lima Peluang Wanita di Bulan Ramadan

SEREMBAN, 3 Mei 2020 – Rohani yang sihat merupakan dambaan setiap mukmin sejati. Apa itu rohani? Kerohanian merujuk kepada elemen hati (qalb) yang membawa kepada perkembangan personaliti manusia secara seimbang, berkata aktivis Biro HALUANITA, Dr. Zizi Azlinda Mohd Yusof dalam slot “Menu Rohani Ramadan” Live di FB HALUAN semalam.

Di samping itu, hati yang dipenuhi kekuatan iman, takwa, tawakal, sabar, ikhlas, jujur dan amanah juga akan membawa kepada keredaan dan kesejahteraan. Seperti mana jasmani kita memerlukan makanan untuk kekal cergas ,begitu juga dengan rohani kita, jelas beliau kepada penonton slot Lima Peranan Wanita di Bulan Ramadan. Rohani juga perlu diberi ‘makan’ berupa pengisian al-Quran dan sunah, kisah-kisah sahabat generasi awal, bahan-bahan ilmiah yang bersifat intelektual dan sebagainya.

“Bulan Ramadan bulan yang terbaik untuk menyuburkan jiwa. Namun segelintir wanita merasakan mereka tidak mampu untuk memburu barakah ramadan kerana ada waktunya mereka tidak boleh solat dan berpuasa. Namun ada sahaja ruang untuk kita beramal menghimpun pahala,” tegas beliau yang juga seorang Felo Siswazah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dr. Zizi Azlinda menghurai bahawa ada lima peranan wanita yang masing-masingnya berpeluang mengaut dan meraih barakah di bulan ramadan yang mulia ini. Ia termasuklah dengan menjadi hamba Allah SWT, berperanan sebagai isteri dan ibu, menjadi saudara seakidah, dan membawa watak seorang anak perempuan kepada ibu ayah masing-masing.

Beliau telah membuat kupasan yang sangat bernas tentang peranan-peranan tersebut yang amat berharga bagi setiap muslimah.
“Wanita yang taat pada Allah berperanan sangat penting bagi memastikan perjalanan diri dan rumah tangganya sempena ramadan ini terisi dan melibatkan setiap ahli keluarga dalam objektif madrasah ramadan. Tuntasnya, setiap insan termasuk wanita mampu meraih barakah ramadan,” tegas beliau.

Ikuti rakaman penuh video ‘Menu rohani ramadan’ ini di pautan berikut:

Teruskan menderma ke arah menjayakan projek-projek santunan kepada masyarakat yang terkesan kerana kesempitan hidup. Anda derma, kami yang bantu salurkan.


Laporan Ummu Hani Mohd Nasaruddin, Setiausaha Kerja Kluster Wanita & Pembangunan Keluarga HALUAN