fbpx

“HIJRAH MENUJU KEMERDEKAAN”

PENDAFTARAN: 11 – 20 SEPTEMBER 2021
LARIAN: 11 – 30 SEPTEMBER 2021
LARIAN TERPANTAS: 5KM | 42KM (TERKUMPUL)

1443KM PROGRESS

“ Simbolik Jarak Larian Tahun 1443H”

Sertailah kami untuk mencapai matlamat gabungan 1443km larian. Jarak larian ini telah diinspirasikan daripada tahun 1443H.

Jarak semasa untuk misi perjalanan menuju 1443km.

743.7

LARIAN


1443KM

TARGET

Progress 0%
JUMLAH PESERTA
496
PURATA LARIAN
1.499KM
LARIAN TERPANTAS
0:16:28

DAFTAR PERCUMA

 

Anda akan mendapat e-Bib dan e-sijil secara PERCUMA.

TARIKH PENTING

PERKARA TARIKH
TEMPOH PENDAFTARAN 11 – 20 Sept 2021
TEMPOH LARIAN 11 – 30 Sept 2021
TARIKH AKHIR PENYERAHAN REKOD LARIAN 30 Sept 2021

CABARAN KHAS

Cabar diri anda untuk memenangi tangga teratas di carta atau ‘leaderboard’ dan dapatkan e-sijil khas serta hadiah istimewa sebagai sebuah penghargaan atas pencapaian anda. Jom sertai misi ini!

Jadilah SEPULUH peserta terunggul dalam larian 5km TERPANTAS.

SATU orang pemenang TERPANTAS bagi kategori lelaki dan perempuan layak menerima wang tunai masing-masing bernilai RM200.

Manakala di peringkat sekolah terlibat layak menerima wang tunai RM100, RM75 & RM50 bagi tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA untuk kategori pelajar lelaki dan perempuan.

Muntalaq bermaksud langkah bermula atau starting point. Solat LIMA waktu seharusnya menjadi langkah bermula hijrah ke arah yang lebih baik.

Jadilah SEPULUH peserta terunggul dalam larian 42km TERPANTAS. Kumpulkan jumlah larian anda sepanjang tempoh acara maya ini berlangsung atau lakukan sekali mengikut kesukaan anda!

SATU orang pemenang TERPANTAS bagi kategori lelaki dan perempuan layak menerima wang tunai masing-masing bernilai RM300.

Manakala di peringkat sekolah terlibat layak menerima wang tunai RM200, RM175 & RM150 bagi tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA untuk kategori pelajar lelaki dan perempuan.

Merdekakan EMPAT aspek fakulti keinsanan; mental, emosi, spritual dan fizikal, daripada DUA belenggu musuh; iaitu hawa nafsu dan syaitan, dengan anjakan paradigma, luar daripada kebiasaan.

LANGKAH PENYERTAAN

Bagaimana untuk sertai #LHM1443H? Ikuti EMPAT langkah di bawah:-

STEP 1: PENDAFTARAN

Daftar, buat bayaran dan dapatkan e-Bib anda.

STEP 2: MULAKAN LARIAN

Catat dan rekod larian menggunakan aplikasi sukan atau jam tangan sukan anda.

STEP 3: HANTAR REKOD

Hantar rekod larian terkumpul anda melalui pautan dan kongsikan di sosial media.

STEP 4: TERIMA E-SIJIL & HADIAH

E-Sijil akan di email kepada anda selepas tamat program

ANJURAN




RAKAN KOLABORASI

Anda perlukan bantuan? Ikuti FAQ berikut:

LARIAN HIJRAH MERDEKA – #LHM1443H ? merupakan acara larian amal yang membawa tema “Hijrah Menuju Kemerdekaan”. Ia merupakan sebuah simbolik bahawa larian amal ini merupakan jalan-jalan harapan yang menuju kepada penghayatan hijrah dan merdeka.

Program ini akan bermula daripada 11 hingga 30 September 2021. Anda bebas untuk berlari pada waktu bila-bila dan di mana-mana dalam tempoh di berikan.

Semua peserta akan memperolehi e-bib dan e-sijil. Pemenang TERPANTAS akan mendapat hadiah mengikut kategori.

Jika anda ingin mengubah maklumat butiran pendaftaran yang lain seperti alamat email, sila hubungi kami di info@haluan.org.my

Boleh untuk CABARAN PARADIGMA MERDEKA. Jarak larian boleh dikumpulkan melalui beberapa kali pecahan jarak larian sepanjang acara ini berlangsung (11 – 30 September 2021). Hanya masa terpantas terkumpul akan berada di tangga teratas carta.

Sepanjang tempoh 11 – 30 September 2021, anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh menjejaki MASA & JARAK larian anda, kemudian ‘screenshot’ keputusan yang menunjukkan TARIKH, MASA dan jumlah JARAK sebagai bukti larian. Seterusnya, hantar keputusan larian sebelum 30 September 2021. Anda boleh menghitung jarak larian dan masa anda menggunakan cara berikut :

  1. Berlari secara ‘outdoor’ menggunakan GPS (dikira dalam unit kilometer dan minit/saat).
  2. Berlari secara ‘indoor’ menggunakan ‘treadmill’ (dikira dalam unit kilometer dan minit/saat).

Anda boleh mendaftar bagi pihak mereka. Namun, anda perlu mengambil perhatian mengenai nombor e-bib beserta alamat email yang digunakan.

Setelah anda berjaya menyelesaikan cabaran larian, pihak penganjur akan menghantar emel kepada anda. Anda perlu memuat turun e-sijil anda untuk tambahan koleksi anda.

Add-on Items di eShop HALUAN

Telefon

6010 300 5141

WhatsApp

6010 300 5141

E-Mail

info@haluan.org.my