fbpx

Lepasan SPM 2013, Jom sertai JDK!

Lepasan SPM 2013, Jom sertai JDK!

Lepasan SPM 2013, Jom sertai JDK!

HALUAN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) akan menganjurkan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) buat kali yang kelima untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. Kursus ini antara lain bertujuan untuk membangun modal insan yang seimbang dan membentuk jati diri yang utuh.

Sebanyak tujuh modul khas akan diikuti oleh para peserta kursus ini sepanjang 22 hari kursus iaitu:

• Modul Anjakan Paradigma
• Modul Kemahiran Insan dan Profesional
• Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
• Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
• Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
• Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
• Modul Kolej Teknologi Darulnaim

Program ini akan di adakan serentak di lima lokasi di seluruh semenanjung Malaysia iaitu :
a. JOHOR: Kem Dayang, Pontian. (Zon Selatan)
b. SELANGOR: Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (Zon Tengah)
c. TERENGGANU: Pejabat FELDA Wilayah Terengganu, Kuala Terengganu. (Zon Timur)
d. PERAK: Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar. (Zon Utara)

JDK2013 akan bermula pada 14 Disember hingga 4 Januari 2014.

Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi wakil-wakil zon kami iaitu:
a. Zon Selatan: Ust Khairy Jaafar (019 799 4099)
b. Zon Tengah: Mubarak Ali (012 345 5667)
c. Zon Timur: En. Jamil (016 393 9037)
d. Zon Utara: Cg Jaafar (013 509 2118)

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan ke alamat email pihak urusetia di jdk@haluan.org.my. Maklumat terkini berkaitan Kursus JDK boleh diperolehi melalui facebook https://www.facebook.com/jdkhaluan

Permohonan secara online boleh dilaksanakan di website rasmi kursus JDK: http://jdk.haluan.org.my