fbpx

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 21 Dis 2019 – Seramai 15 orang lepasan iJDK Zon Utara di ketuai oleh bekas Kem Komandan, Encik Umar Khairuddin bersama lima relawan HALUAN diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Pulau Pinang, Encik Saiful Azmi telah turun ke perkampungan orang Asli Air Banun untuk bergotong-royong bersama dengan tuan tanah, Pak Dalong, Penolong Tok Batin. iJDK adalah kem khas Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK), tahun ke-10 diadakan khusus untuk remaja lepasan SPM.

Menurut Pengarah Program Orang Asli Air Banun (ProOAB), Dr. Ahmad Ikhwan Subberi, projek perintis pertanian plot tanah Pak Dalong adalah begitu penting untuk menjadi contoh kepada penduduk kampung akan kepentingan bertani secara komersil di samping ia menjadi program latihan untuk relawan-relawan muda HALUAN berkhidmat bakti kepada masyarakat terpinggir, sesuai dengan motto HALUAN iaitu “Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.”

Relawan HALUAN itu telah turun ke kampung bersama peralatan mereka untuk membantu membersihkan plot tanaman perintis ujian PrOAB itu. Di samping kerja menebas dan mencangkul batas. Sumbangan berupa barang dapur telah diagihkan kepada penduduk-penduduk kampung tersebut yang umumnya miskin serta buta huruf. Menurut Encik Saiful Azmi, sumbangan bahan keperluan dapur adalah penting untuk membantu mereka yang mana rata-rata bergantung kehidupan harian kepada hasil hutan yang pendapatannya tidak menentu. Beliau turut menyeru agar masyarakat terus menyumbang kepada Tabung Program Pembangunan Kehidupan Orang Asli, Perkampungan Air Banun melalui pautan dibawah.

Orang Asli Air Banun – Fasa 2

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Menurut  Umar pula, para relawan yang mengambil bahagian amat teruja dan gembira untuk terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawanan sedemikian. Sebelum pulang, para relawan sempat bersantai di  Sungai Air Banun yang sejuk dan nyaman bersebelahan tapak pertanian tersebut sebagai ganjaran penat lelah mereka.