fbpx

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Pagi ini kami mendapat mesej daripada Syria.

“Kami dah mula persiapan untuk bantuan iftar ni,” kata Encik Ahmad, penyelaras bantuan #IftarSyria #SejutaBarakahRamadan kami di Idlib, Syria.

Jutaan rakyat melarikan diri ke #Idlib (wilayah di utara Syria, bersebelahan Turki) untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Ada yang tiada tempat berteduh. Makanan apa tah lagi. Lapar mereka adalah lapar yang menjerut, lapar yang tiada penghujung.

Tidak sama dengan lapar kita yang hanya seketika, kerana kita tahu kita ada makanan untuk berbuka. Tetapi mereka tiada, puasa mereka bukanlah puasa seharian, tetapi puasa berhari-hari.

Sedangkan kita yang dewasa pun merungut apa bila lapar, bagaimana pula anak-anak kecil yang masih belum mengerti.

Saya teringat pengalaman saya bersama rakan-rakan dalam misi #warmth4syria di Afrin (daerah bersebelahan Idlib). Kanak-kanak mengejar dan berkerumun di sekeliling lori kecil kami sambil meminta roti. “A’tini ‘ammu! A’tini ‘ammu! (Berikan kepadaku wahai pakcik)”. Jelas kelaparan dan keletihan terpapar di muka mereka.

Kami sangat terkilan kerana kami tidak mampu memberi roti yang cukup kepada mereka. Bergenang air mata mengenang perut mereka yang entah berapa lama tidak berisi sedangkan kita lemak melingkari sekeliling pinggang.

Itu belum tengok khemah mereka berteduh.

Hasbunallah wa ni’malwakiil.

Mereka tidak punya apa, mereka hanya memiliki iman. Demi iman ini mereka menyelamatkan diri. Dan iman inilah yang mengikat dan menjadikan mereka saudara kita.

Jom bersama kami hulurkan #IftarSyria.

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Bahagia dengan memberi.

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my