Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

Kunjungan Hormat HALUAN – Yayasan Emkay

AIR BANUN, GRIK, 25 Feb 2019 — Bagi merapatkan hubungan kerjasama korporat bersama agensi swasta, HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Emkay baru-baru ini. Rombongan HALUAN disambut penuh mesra oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Emkay, Puan Zainon Kassim.

Pertemuan yang melibatkan seramai enam orang ahli HALUAN ini diketuai oleh YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Che Ani Hashim telah berlangsung selama dua jam bertempat di Belum Forest Resort. Pertemuan ini membuka ruang perkongsian fungsi serta peranan antara kedua-dua pihak bagi meneroka lebih mendalam strategi khidmat sosial khususnya bagi penduduk kampung orang Asli di kawasan Belum-Temenggor.

Puan Zainon memulakan perkongsian dengan menceritakan pengalaman pihak beliau menyantuni penduduk orang Asli dengan memberikan penumpuan terhadap pendidikan awal bagi kanak-kanak serta projek kumpulan sasaran bagi mempertingkatkan sosio ekonomi khusus bagi golongan wanita.

Wakil HALUAN, En Abdul Halim Khudri telah menjelaskan secara ringkas berkaitan HALUAN serta aktiviti-aktiviti kemanusiaan HALUAN di dalam serta luar negara. Dr Ahmad Ikhwan Subberi, Pengarah Tautan Kaseh Kampung Air Banun pula, menerangkan secara mendalam perancangan 10 tahun pihak HALUAN melibatkan aktiviti kemasyarakatan serta pelan pendidikan penduduk orang Asal Kampung Air Banun ini.

Pihak Yayasan mengkagumi usaha murni HALUAN serta bersetuju untuk bergandingan bahu mewujudkan usaha sama yang lebih kolektif dan tersusun bagi menjayakan perancangan ini. Pada sebelah petangnya, rombongan HALUAN meneruskan kunjungan rasmi ke Pejabat Pengurus RSP Air Banun bertemu dengan pengurusnya, Puan Norizah Abdullah. Beliau sehingga kini  mengurus dan memantau 18 buah perkambungan orang Asal berpandangan penduduk orang Asal sangat-sangat memerlukan pelbagai sokongan dan bantuan bagi memacu kejayaan di masa hadapan. Jelas beliau lagi, pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan yang murni ini.

Sebelum pulang, rombongan HALUAN dibawa meninjau sendiri sebuah projek percubaan bagi bidang pertanian di tanah milik Timbalan Tok Batin Kampung Air Banun, Pak Dalong.

Menurut Dr Ahmad Ikhwan Subberi, projek jangka pendek ini adalah cubaan penanaman jagung selama tiga bulan. Antara cabaran yang dikenalpasti ialah serangan kumpulan gajah serta babi hutan yang menyebabkan kerosakan dan kemusnahan bagi tanaman ini.

Bagi mengatasi permasalah ini, pihak projek menggunakan kaedah bauan kencing harimau bagi mengelirukan binatang buas dan menghalang mereka mendekati tanaman ini. Anggaran bagi projek percubaan pertanian ini adalah RM 1500. Salurkan sumbangan anda.

Orang Asli – Projek Bina Surau & Tandas

RM15,000 of RM17,400 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM250.00


Laporan oleh Abdul Halim Khudri, Media HALUAN Pulau Piang

Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Visit Us
Whatsapp