fbpx

KTDKL anjur Kursus ADOBE

KTDKL anjur Kursus ADOBE

KTDKL anjur Kursus ADOBE

BANDAR BARU BANGI, 18 Dis 2015 — Seramai 26 orang peserta telah menghadiri Kursus Kemahiran Adobe anjuran Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) baru-baru ini. Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti serta staf agensi kerajaan dan swasta telah menyertai Kursus Kemahiran Adobe Illustrator dan Adobe Indesign.

Kursus ini membawa slogan “Memanfaatkan Teknologi Demi Kemajuan Ummah” telah dilaksanakan selama empat hari yang berbeza iaitu pada 25 November, 2 Disember, 9 Disember dan 17 Disember 2015.

Bagi Kursus Kemahiran Adobe Indesign, ia mengkhususkan kepada aplikasi asas untuk menghasilkan susunan tipografi dan reka letak halaman yang digunakan bagi menghasilkan material untuk cetakan seperti buku, majalah dan brosur.

Manakala bagi Kursus Kemahiran Adobe Illustrator tahap 1 pula, peserta dapat mempelajari teknik dan cara menghasilkan imej-imej grafik digital dalam pelbagai format akhir. Bagi yang menyertai peringkat Tahap 2, peserta mempelajari multiple artboard, setting, bleed, applying pathfinder dan banyak lagi aplikasi yang lebih tinggi.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah KTDKL, Puan Syarifah Nabihah Syed Mohd Khair, yang mempunyai lima tahun pengalaman dalam Rekabentuk Grafik industri. Beliau dibantu oleh Setiausaha Kerja Biro Penerangan HALUAN, Encik Muhammad Zakiran Mahmud.

Para peserta jelas teruja dengan kaedah yang telah diajari. Ini adalah kali kedua KTDKL melaksanakan kursus seumpamanya sebagai permulaan bagi orang awam mempelajari rekabentuk grafik dan susun atur halaman media sosial. KTDKL juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek lain untuk keperluan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang tahun lepas dan akan bersambung pada tahun 2016. Peserta juga berharap agar program lanjutan di peringkat lebih tinggi dapat diteruskan dalam tahun 2016.


Laporan Abu ‘Ubaidah Sharudin, pengarah program