fbpx

Koloborasi Tiga Pihak Jayakan Saliran Pertanian Orang Asli

Koloborasi Tiga Pihak Jayakan Saliran Pertanian Orang Asli

Koloborasi Tiga Pihak Jayakan Saliran Pertanian Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 26 Okt 2020 – HALUAN cawangan Pulau Pinang sedang melancarkan koloborasi bijak dengan dua pihak untuk menaiktaraf sosio-ekonomi penduduk orang asli di Kampung Air Banun di sini.

Koloborasi bersama Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim bersama SIRIM Kulim bertujuan membina sistem saliran canggih untuk pengairan tanaman jenis komersil yang sedang diusahakan oleh orang kampung berkenaan.

Seramai lapan orang pensyarah dan pentadbir PTSB bersama tujuh relawan Haluan Pulau Pinang telah turun ke perkampungan tersebut untuk membuat tinjauan terakhir sebelum membina sistem saliran tersebut yang berkonsepkan Pam Tenaga Solar. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Akademik PTSB, Encik Mohd Zamre Ab Rahman.

Menurut Pengarah Projek Air Banun HALUAN, Dr. Ahmad Ikhwan Subberi, ini adalah projek perintis yang digerakkan oleh HALUAN Pulau Pinang sejak dua tahun lalu bertujuan mengalihkan mata pencarian penduduk kampung kepada penanaman dan penjualan tanaman komersil.

“Walaupun dua buah sungai air jernih mengalir di kampung ini, tiada sistem pengairan yang tepat untuk menaikkan air dari sungai ke ladang. Maka, pembinaan sistem ini adalah penting untuk pengairan dan pengurusan tanaman,” jelas beliau. “Matlamat utama projek ini ialah untuk membantu penduduk orang asli mendapat pendapatan yang stabil tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada carian dan jualan hasil hutan yang pendapatannya tidak menentu. Tanah di sini sangatlah subur.”

Pasukan PTSB akan menguruskan pembinaan sistem pam air solar tersebut berdasarkan spesifikasi dan pengalaman Sirim yang sudahpun membina sistem seakannya di lokasi-lokasi lain seluruh negara berdasarkan konsep telaga tiub.

“Dengan gandingan teknikal ini, kami yakin dapat membantu menaikkan taraf sosio-ekonomi penduduk kampung ini bila mereka berjaya menuai hasil keledek merah dan limau nipis mereka nanti. Kami telah dan sedang membimbing mereka dalam hal ini untuk menanam pada keluasan yang ekonomik dan kebolehpasaran tinggi tiga bulan dari sekarang.” Mereka memerlukan bantuan dari segenap segi untuk berjaya, termasuklah air untuk tanaman. Kami berbangga bergabung dan mengucapkan terima kasih kepada pihak SIRIM dan PTSB selaku project collaborators,” berkata penyelaras projek Biro Kebajikan HALUAN Pusat, Encik Abdul Halim Kudri.

Di masa yang sama, para pemuda daripada Alumni Pelajar SMA Ibrah, Tanjung Putus di ketuai oleh Encik Umar Khairuddin telah bergotong-royong bersama dengan orang kampung untuk membuat batas tanaman kontan ubi keledek dan penambahan pokok limau nipis.


Laporan media HALUAN Pulau Pinang