fbpx

KMK Pulau Pinang Sarat Aktiviti Energetik

KMK Pulau Pinang Sarat Aktiviti Energetik

KMK Pulau Pinang Sarat Aktiviti Energetik

KULIM, 2 Dis 2015 — Seramai 96 orang peserta remaja lelaki dan perempuan dari sekitar Kulim dan Pulau Pinang telah menjalani Kem Minda Kreatif (KMK) Pulau Pinang di Kem PLKN, Bukit Besar di sini pada 27 hingga 29 November yang lalu.


Program KMK merupakan program tahunan anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) yang bertemakan outdoor. Saratan dengan aktiviti-aktiviti outdoor dan pengisian kuliah serta LDK yang membentuk jati diri peserta menjadikan KMK salah satu program cuti sekolah yang amat dinantikan oleh pelajar-pelajar sekolah bagi mengisi masa cuti dengan sebaiknya.

Antara aktiviti-aktiviti luar yang disajikan untuk para peserta KMK adalah Archery, Flying Fox, Explorace, serta modul Ice Breaking yang sangat energetik. Di samping itu, para peserta turut membuat persembahan sempena Malam Kesenian Islam pada malam terakhir program ini. Persembahan dibuat mengikut kumpulan masing-masing bertemakan Palestin. Antara aktiviti menarik yang turut dijalankan adalah Alignment Paku, Tangram dan Paip Bocor. Ketiga-tiga aktiviti ini memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta disamping menguji minda mereka.

Selain dari program berbentuk outdoor, peserta turut disajikan dengan slot Motivasi Pagi yang telah disampaikan oleh Ketua Siswa HALUAN Pulau Pinang, Sdr. Muhamad Ashiq Akif Ab Aziz.

Ucapan penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi KeARAH Pulau Pinang, En Anis Abdullah sekaligus merasmikan majlis penutup program KMK Pulau Pinang pada tahun ini. Sebelum para peserta diserahkan kepada waris masing-masing, mereka saling bersalam ukhuwah dengan abang dan kakak fasilitator.

Kegembiraan terserlah pada wajah setiap peserta yang hadir ke program KMK Pulau Pinang. Semoga program-program seperti ini dapat terus diadakan pada masa yang akan datang demi melahirkan lebih ramai remaja-remaja yang memiliki jati diri yang dikehendaki Allah SWT. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada barisan AJK dan fasilitator yang hadir daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di sekitar Pulau Pinang kerana banyak membantu sepanjang program ini berlangsung.


Laporan Muhamad Ashiq Akif Ab Aziz

Aktiviti memanah

Slot ceramah

Latihan Dalam Kumpulan

Alignment Paku

Tangram

Peserta lelaki

Peserta perempuan