fbpx

KKH jayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang

KKH jayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang

KKH jayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang

20 Jun 2009, Rantau Panjang, Kelang – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) sekali lagi menaburkan bakti kepada masyarakat dengan menjayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang 2009.


Seramai tujuh orang doktor ahli KKH telah terlibat di dalam program ini, yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh ADUN Rantau Panjang, En Theng Chang Kim.

Lebih daripada 100 orang masyarakat tempatan telah tampil untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat secara percuma daripada doktor-doktor KKH. Turut membantu adalah ahli-ahli Kelab Kesihatan Remaja (KKR) daripada Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam. Antara jenis pemeriksaan kesihatan yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah, paras gula darah dan Body-Mass_index (BMI.) Sebanyak lapan jabatan kerajaan terlibat di dalam menjayakan karnival Rantau Panjang yang julung-julung kali diadakan.

Pada sebelah petangnya, kaum hawa telah dapat mengikuti ceramah bertajuk ‘Kanser Utama Yang Menyerang Wanita’ yang disampaikan oleh Dr Khairiah Seman, Pakar Sakit Puan yang bertugas di Hospital Bersalin Barakah. Ceramah Dr Khairiah yang disertai dengan tayangan slaid telah berupaya mendidik hadirin tentang kesedaran menjaga kesihatan rahim.

Di dalam karnival ini juga HALUAN mengambil kesempatan untuk menjual cenderahati HALUAN Palestin. Jualan ini adalah bertujuan mengumpul dana untuk membantu umat Islam Palestin yang terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

Kesempatan yang sama juga diambil untuk memperkenalkan Hospital Barakah yang beroperasi di Bandar Puteri, Kelang, iaitu lebih kurang 30 minit dari Rantau Panjang. Caj asas yang dikenakan adalah caj bersalin dakwah iaitu RM 1,150 dan sangat berpatutan sekali jika dibandingkan dengan layanan dan rawatan yang
disediakan. Jawatankuasa Helwa untuk  karnival tersebut, Puan Latifah Bt Salleh, yang mewakili AJK sambutan karnival dan penduduk kampung telah mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada HALUAN kerana sudi memberikan perkhidmatan percuma dan kerana ramainya doktor-doktor yang hadir. Beliau berharap agar HALUAN dapat lagi memberikan khidmat bakti kepada penduduk kampung tersebut. Beliau juga berjanji untuk mempromosikan Hospital Barakah kepada masyarakat setempat.