fbpx

Kisah Ramli Si Tukang Gunting

Kisah Ramli Si Tukang Gunting

Kisah Ramli Si Tukang Gunting

“Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan bermula 18 sehingga 31 Mac 2020.”

Ramai rakyat yang tersenyum kerana tidak lagi perlu ke pejabat dan mengambil peluang ini untuk berehat.

Namun, ada hati yang resah. Ramli bekerja sebagai tukang gunting rambut di kawasan rumah flatnya. Perintah ini bermakna dia tidak lagi boleh membuka kedai. Tiada kerja, tiadalah pendapatan. Ramli resah memikirkan isteri dan anak-anak yang akan kelaparan. Dia segera ke dapur dan memeriksa bekalan makanan. Bekalan makanan boleh bertahan seminggu lagi, atau mungkin kurang. Kemudian dia memeriksa baki wang simpanan di dalam bank. Hanya tinggal RM150! Dia berkira-kira mungkin boleh beli beras dan telur untuk bertahan selama seminggu lagi. Ramli lega.

“Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi.”

Kini, keresahan Ramli tidak lagi mampu dibendung. Untuk bertahan selama dua minggu pun sudah cukup menjerut hati dan perut, kini mereka perlu bertahan lagi.

Ramli mencari pekerjaan yang boleh dilakukan di musim PKP ini. Untuk bekerja dengan Grabfood atau Foodpanda, dia tidak memiliki kenderaan. Nak menjual makanan, duit yang ada tidak memungkinkan untuk dia memasak makanan yang sedap-sedap untuk dijual. Ramli buntu.

……………..

Situasi inilah yang dihadapi oleh sebahagian ahli masyarakat kita. Mungkin kita tidak sedar, ada di kalangan jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan. Kita perlu ambil cakna dengan keadaan jiran-jiran kita. Kita bantu orang, Allah akan bantu kita.

Atau jika tiada jiran-jiran yang memerlukan, tetapi anda merasa anda mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara-saudara kita yang terputus bekalan makanan, anda boleh menyalurkan sumbangan ke Kempen Sejuta Barakah Ramadan. Cuma layari https://www.haluan.org.my/donations/food4negaraku/
Anda boleh membuat terus membuat bayaran atas talian di laman sesawang kami.

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Subscribe to TVHALUAN
https://goo.gl/zhcazt

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my