fbpx

Kesungguhan Suami-Isteri Mencorak Keluarga Bahagia

Kesungguhan Suami-Isteri Mencorak Keluarga Bahagia

Kesungguhan Suami-Isteri Mencorak Keluarga Bahagia

PUTRAJAYA, 14 Oktober 2012 – Konvensyen Wanita yang dianjurkan oleh Masjid Putra dengan kerjasama HALUAN Malaysia telah berjaya menghidangkan satu majlis wacana ilmu yang amat relevan dan berguna kepada penjawat awam yang tinggal di sekitar Putrajaya.

Jelas sekali bahawa pembentukan keluarga bahagia adalah datangnya daripada kesungguhan suami dan isteri.

Berikut adalah antara perkara yang diperhalusi di dalam Resolusi Konvensyen YANG telah dibacakan oleh Ketua Biro HALUANITA, Puan Alfiah Samingan di penghujung program tersebut.

Kita perlu sedar bahawa matlamat utama kehidupan manusia adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah swt.
Untuk sampai kepada matlamat yang sebenar itu, kita wajib ikuti jalan yang telah diturunkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dengan bersumberkan Al Quran dan Sunnah.
Semua ibubapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam membina ummah.
Institusi keluarga akan mencorak masyarakat dan negara samada menuju kesejahteraan atau kehancuran.
Untuk mencapai keluarga sejahtera, kita perlu kembali kepada contoh agung Rasulullah SAW dan para isteri Baginda.
Kita perlu merawat penyakit hati dan mengukuhkan sifat-sifat mulia dalam diri.
Setiap perlakuan dan pertuturan ibubapa menjadi contoh kepada anak-anak.
Ibubapa perlu sentiasa tingkatkan ilmu seperti ilmu syarak, kemahiran mendidik dan kepimpinan.
Perlu wujud hubungan akrab, berkasih-sayang, bekerjasama antara suami dan isteri.
Kekayaan duniawi tidak menjamin kebahagiaan manusia. Pendidikan akidah adalah paling utama dalam mendidik anak-anak. Pendidikan juga perlu seimbang dari segi mental, rohani dan jasmani.
Sentiasa mohon bantuan Allah dalam setiap urusan dengan solat dan sabar.
Kejayaan hakiki adalah apabila keluarga itu selamat daripada azab neraka Allah SWT.

Semoga setiap peserta konvensyen ini telah mendapat manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang matlamat kehidupan.

Sama-samalah kita bertindak dan memperbaiki diri, berlumba-lumba mendidik hati dan memelihara tingkah laku dalam mengejar kejayaan hakiki.