fbpx

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam Siri III

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam Siri III

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam Siri III

3.1 Pendahuluan
Kepimpinan eksekutif adalah seni berinteraksi dengan sekelompok manusia, pemimpin mengartikulasikan (menghubungkan) perilakunya yang berpengaruh dikalangan anggota yang dapat merealisasikan keberkesanan maksima dalam melaksanakan tugasnya. Ianya berpaksi kepada prinsip dasar iaitu seni berhubung dengan orang lain dan tanggungjawab kepada setiap individu. Kejayaan dan keberkesanan pemimpin eksekutif bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang ada padanya. Kelulusan akademik, keterampilan diri dan bidang pengkhususan yang diperolehi bukan satu jaminan untuk melahirkan kepimpinan eksekutif efektif.

3.2 Instrumen-Instrumen Pengembangan Diri Kepimpinan Eksekutif

Membaca buku berkaitan dengan sektor kerjanya dengan kaedah yang kritis, ilmiah dan objektif, bandingkan kandungan buku berkenaan dengan pelbagai pandangan dan pengalaman empirical tentang perkara tersebut.
Berlanggan suratkhabar, majalah dan berinteraksi dengan institusi yang berkecimpung dalam bidang ini untuk mendapat bekalan perkara baru dan maklumat bermanafaat.
Melibatkan diri dalam kajian, seminar dan dialog-dialog yang dapat meningkatkan kemampuan pemimpin.
Muhasabah diri dan minta muhasabah daripada sahabat soleh untuk menunjukkan kekurang-kekurangan diri.
Pemimpin eksekutif efektif mempunyai jiwa yang kental dalam menghadapi halangan dan rintangan dalam menjalankan tugasnya. Para psikologi mengatakan: menjadi sifat jiwa manusia memerlukan justifikasi untuk mencapai sesuatu target apabila ia berada dalam posisi benar.

Said bin Musayyib mengatakan “Tidak seorang pun yang mulia, alim dan memiliki kelebihan, kecuali dalam dirinya terdapat keaiban.”

Maksudnya kejayaan tidak dapat dicapai kecuali melalui proses islah nafsi

Seorang pemimpin eksekutif mesti mempunyai MODEL untuk hidup bersama masyarakat, untuk masyarakat dan dalam masyarakat.

Fudhail bin ‘Iyadh berkata: “Memberikan kesenangan kepada orang mukmin lebih aku sukai daripada beribadah seumur hidup”

3.3 Jenis-Jenis Kepimpinan Eksekutif

Para ahli dalam bidang pengurusan membahagikan pemimpin eksekutif kepada tiga jenis:

i. Bergerak Melawan.

Menganggap pekerja/anggota sebagai musuh mesti dipaksa. Ia gunakan bahasa kasar dan cara keji menyakitkan. Menggunakan konfrantasi untuk mencapai tujuan mengukuhkan kekuasaan dan otoritinya

ii. Bergerak Bersama

Bergerak bersama masyarakat dengan perasaan, emosi dan jiwanya. Bertindak dengan cekap menyelesaikan masalah dan menyelami ke dalam hidup mereka. Mendampingi dan memberikan sesuatu untuk mendapat ketsiqahan dan melibatkan diri (mu’ayasyah) untuk mewujudkan suaasana kerja cemerlang untuk mencapai tujuan jamaah

iii. Bergerak Menjauhi

Selalu menjauhi setiap masalah, tidak mahu menghadapinya kerana berpegang kepada slogan: Selamatkan dan jauhi dari berbagai masalah atau kamu harus berkorban

Kepimpinan eksekutif yang dibincangkan dalam risalah ini ialah yang ke (ii). Pemimpin muslim eksekutif adalah seorang yang mempunyai aqidah kuat, pemikiran jernih dan da’e ampuh yang mengumandangkan iradahnya dengan memulakan kehidupan Islam penuh jiddiah dan amanah, dengan kekuatan dan keberanian, iman, kekuatan ilmu dan amal. Amanah hanya dapat dicapai dengan menepati janji, pendirian teguh, zuhud di dunia dan takut dengan ‘azab Allah SWT

“Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Inilah dimaksudkan oleh Umar Ibnu al-Khattab:

“Orang-orang Kufah telah membuatku lelah; jika aku angkat pemimpin lemah-lembut kepada mereka, mereka akan menganggapnya lemah dan jika aku angkat seorang pemimpin kuat, mereka akan mengeluh. Aku sangat inginkan untuk bertemu seorang yang kuat, dapat dipercayai dan muslim untuk aku angkat sebagai pemimpin mereka”

Inilah tanggungjawab eksekutif, Islam mengangkat sebagai satu tanggungjawab yang agung. Khalifah Rasulullah saw, Abu Bakar ra meminta izin daripada Usamah bin Zaid seorang pemimpin eksekutif yang bertanggungjawab penuh dan mempunyai autoriti ke atas pasukannya supaya Umar ra ditinggalkan untuk membantunya mengurus kepentingan kaum muslimin.

Seorang pemimpin eksekutif mesti mengetahui tugas yang akan dilaksanakannya, kewajipan-kewajipan dan prinsip-prinsip kerjanya. Ia bekerja untuk merealisasikannya dalam bentuk team work sehingga semua anggota dalam pasukannya menyumbang secara maksima.