fbpx

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Muqaddimah

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Muqaddimah

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Muqaddimah

1.1 Kepentingan Kepimpinan

Sabda Rasulullah SAW:
“Jika tiga orang keluar musafir, maka lantiklah salah seorang daripada mereka sebagai pemimpin.” (HR Abu Daud)

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah dalam bukunya Siyasah Syar’iyyah’ mengatakan:

“Wajib diketahui bahawa URUSAN MANUSIA termasuk kewajipan terbesar Islam, bahkan tidak akan tegak Islam kecuali dengannya. Sesungguhnya kepentingan anak-anak Adam tidak akan tercapai secara sempurna kecuali dengan berkumpulan, kerana mereka saling memerlukan antara satu dengan lain. Dalam kumpulan ini sudah seharusnya ada seorang pemimpin.”

Jenis kepimpinan paling penting ialah kepimpinan pendidikan (Qiyadah Tarbawiyyah atau Educative Leadership), kerana kejayaan mendidik generasi, membina umat dan berusaha membangkitkannya mempunyai hubung kait sangat erat dengan kepimpinan pendidikan. Krisis menimpa umat Islam pada hari ini berpunca daripada kehilangan murabbi misali atau pemimpin tarbawi

Imam Ghazali mewasiatkan:

“Seorang pelajar mesti mempunyai guru pembimbing (mursyid) yang dapat mengeluarkan akhlak buruk dari dirinya dan menggantikannya dengan akhlak baik. Ia juga harus memiliki seorang syeikh yang dapat mendidik dan menunjukkannya ke jalan Allah SWT.”

1.2 Tujuan Kepimpinan Para Rasul

i. Kepimpinan para Rasul keluarkan umat dari kegelapan kepada cahaya, membetulkan aqidah dan membetulkan penyimpangan

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam tiap-tiap umat seorang Rasul (untuk memerintah): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut.” (an-Nahl:36)

ii. Mewujudkan khalifah di bumi untuk kebaikan dan pengislahan.

“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (an-Nisa’:65)

Para ulamak merumuskan bahawa teras keberkesanan kepimpinan terletak pada wibawa (pengaruh) interaktif antara pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan berjaya ialah yang mampu mempengaruhi tingkah-laku individu untuk menunaikan tugasnya dalam rangka memberi arahan dan petunjuk, mencapai sasaran telah ditetapkan, mengembangkan potensi dan bakat, berpegang teguh kepada prinsip dan menjaga kekuatan kesatuan

Siri 1: Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Muqaddimah
Siri 2: Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Kepimpinan Efektif