fbpx

KENYATAAN MEDIA: Penafian Keterlibatan Di Dalam Gerakan Harapan Baru (GHB)

KENYATAAN MEDIA: Penafian Keterlibatan Di Dalam Gerakan Harapan Baru (GHB)

KENYATAAN MEDIA: Penafian Keterlibatan Di Dalam Gerakan Harapan Baru (GHB)

Untuk Siaran Segera,
17 Ogos 2015

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) sebagai sebuah NGO berdaftar (PPM-001-10-26091989) telah mendapati ada pihak-pihak tertentu telah mensabitkan nama pertubuhan kami, HALUAN, dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) kononnya kami memberikan dokongan kepada gerakan tersebut.

Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa HALUAN secara keseluruhannya TIDAK terlibat dengan arus politik berkenaan samada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri-negeri ataupun daerah. Tumpuan kami tetap jelas berdiri sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organisation (NGO) yang Non-Partisan kepada arus politik. Fokus kami adalah memberi penumpuan kepada hal ehwal pendidikan, hubungan kemasyarakatan, kebajikan dan misi kemanusiaan.

Sehubungan dengan itu, organisasi dan ahli HALUAN tidak akan terlibat di dalam usaha partisan tersebut dan sebaliknya akan meneruskan tumpuan kami kepada kerja-kerja pembangunan Islam dan keharmonian masyarakat Malaysia secara amnya.

HALUAN dengan ini meminta kerjasama pihak GHB mahupun mana-mana parti politik lain agar tidak mensabitkan nama kami dan tidak menggunakan logo NGO kami di dalam iklan serta siaraya mereka. Kami menghargai kerjasama yang akan diberikan dalam hal ini.

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Hubungi:
Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, Setiausaha Agung
+6019 271 6364
[email protected]