fbpx

KENYATAAN MEDIA: HALUAN Sambut Jubli Perak

KENYATAAN MEDIA: HALUAN Sambut Jubli Perak

KENYATAAN MEDIA: HALUAN Sambut Jubli Perak

mediaMTP25UNTUK SIARAN SEGERA

2 MEI 2014

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) di tahun 2014 ini menyambut Jubli Perak penubuhannya. Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO) yang bekerjasama dengan semua pihak dalam melestarikan penambahbaikkan mutu dan capaian pendidikan, sosio-ekonomi dan kemasyarakatan, kewujudan HALUAN kini memasuki fasa membentuk keterlibatan masyarakat.

Sepanjang 25 tahun perjalanan menyantuni motto HALUAN iaitu ‘Berakhlak, Mendidik & Berbakti’ dan bersama dengan rakyat Malaysia secara langsung mahupun informal, pengalaman berharga ini turut mewarnai tekad anggotanya yang terdidik dengan memahami bahawa nilai diri bukanlah apa yang dimiliki, tetapi adalah apa yang dapat disumbangkan.

Menurut Presidennya, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, seiring dengan pengalaman dan anjakan yang menjadi fokus dalam sambutan Jubli Perak ini, maka tema yang dipilih adalah ‘HALUAN Perubah Dan Pemimpin Masyarakat’. Sesuai dengan Visi dan Misi penubuhannya, anggotanya komited dalam merealisasikan kesedaran dan penambahbaikkan sektor kritikal yang disebut sebelum ini. Juga misi kemanusiaan di dalam dan luar negara tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan negara.

Terbukti bahawa khidmat kepada masyarakat ini disanjungi oleh kerajaan di peringkat mana sekalipun. HALUAN terus komited sebagai NGO dan akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja berkait sektor kritikal dan golongan sasaran yang menjadi fokus strategik mengikut perancangan yang rapi.

HALUAN akan terus mendukung dan melestarikan ajaran Islam yang suci di dalam setiap gerak kerjanya dan pendekatannya dalam mendepani apa jua perkara. HALUAN juga percaya, khidmat dan bakti kepada masyarakat atau mereka yang memerlukan adalah nilai murni yang sedia terkandung di dalam ajaran Islam.

Sempena Sambutan Jubli Perak HALUAN, seluruh Kepimpinan HALUAN pusat serta Exco, Kepimpinan Cawangan di negeri-negeri, Kelab-Kelab dan HALUAN Cawangan luar negara menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk bersama kami dalam menyuburkan benih kesukarelawanan dengan menyemai akhlak yang baik, menanamkan pendidikan yang seimbang dan menabur bakti kepada sesama umat manusia.

Untuk keterangan lanjut, silalah hubungi pengurus media kami Encik Khairul Azman di talian 019 – 362 9391.

#

Versi PDF: Bahasa Melayu