fbpx

KENYATAAN MEDIA – Gabungan Selamatkan Syria (GSS) Hentikan Kepungan Kem Yarmouk

KENYATAAN MEDIA – Gabungan Selamatkan Syria (GSS) Hentikan Kepungan Kem Yarmouk

KENYATAAN MEDIA – Gabungan Selamatkan Syria (GSS) Hentikan Kepungan Kem Yarmouk

Untuk Siaran Segera,
6 Februari 2014


Kekejaman Bashar al-Assad terbongkar lagi, terkini dengan tragedi yang menimpa pelarian Palestin di Kem Yarmouk. Setakat ini 100 kematian dicatat akibat kebuluran dan terputus bekalan ubatan.

Gabungan Selamatkan Syria (GSS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas pelarian di Kem Yarmouk oleh rejim Bashar al-Assad ini.

Kem ini sudah terkepung sejak lebih 200 hari dan kini keadaan menjadi amat genting dan kritikal. Di samping sekatan bantuan, pelarian di kem tersebut juga berhadapan dengan serangan darat dan juga pengeboman oleh pesawat tentera rejim.

Wanita dan kanak-kanak adalah yang paling terkesan akibat kepungan ini dan menyumbang kepada jumlah korban yang terbesar.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 45,000 orang di Yarmouk, kebanyakan rakyat Palestin, dikepung oleh tentera kerajaan dan tidak mempunyai akses kepada bekalan makanan dan perubatan. Situasi mereka ini digambarkan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

Krisis kemanusiaan ini semakin menjadi-jadi seiringan dengan konflik di Syria yang semakin berpanjangan. Semenjak tercetusnya konflik di Syria, sebanyak puluhan ribu pelarian Palestin di Syria telah terperangkap di kem tersebut demi mengelakkan pertempuran yang berlanjutan antara tentera rejim yang setia kepada Bashar al- Assad dan juga para pejuang mujahidin.

Dunia tidak harus membiarkan pelarian Kem Yarmouk terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad yang semakin hari semakin menunjukan kekejaman rejimnya tanpa batas.

Krisis ini memerlukan campurtangan dunia secara lebih tegas kerana pelarian Palestin yang seharusnya dilindungi telah dizalimi oleh Kerajaan Syria, dibawah pimpinan Bashar al-Assad yang sebelum ini dikenali sebagai pejuang pembebasan Palestin kerana memberikan ruang kepada Hamas untuk bertapak di Damsyik.

Namun, peristiwa ini membuktikan sebaliknya.

Oleh yang demikian, Gabungan Selamatkan Syria menggesa:

1. Hentikan serta-merta kepungan terhadap Kem Yarmouk.
2. Bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Kem dan dijamin keselamatan aktivis kemanusiaan.
3. Rakyat Malaysia prihatin dengan menghulurkan bantuan kewangan bagi mengatasi penderitaan pelarian yang menghadapi kebuluran.
4. Kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif menggesa badan dunia PBB dan OIC khususnya untuk meningkatkan tekanan ke atas Regim Bashar supaya menghentikan kepungan dan pembunuhan ke atas rakyat Syria dan Palestin.

NGO-NGO GSS:
1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
4. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
6. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
7. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
8. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
9. Syria Student Association
10. DACS Shah Alam
11. Global Peace Malaysia (GPM)
12. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia
13. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
14. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
15. Era Consumer
16. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
17. Layyers For Liberty (LFL)
18. Community Action Network (CAN)
19. Persatuan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERMAS)
20. Tenaganita
21. Muslim Professional Forum (MPF)
22. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
23. All Women Action Society (AWAM)
24. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
25. Pusat Komuniti Masyarakat (KOMAS)
26. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
27. Aqsa Syarif Berhad
28. Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)