fbpx

KEMAIH 3 Pupuk Jati Diri Muslim

KEMAIH 3 Pupuk Jati Diri Muslim

KEMAIH 3 Pupuk Jati Diri Muslim

TAPAH, 4 Sept 2015 — Program Kembara Musafir Kasih kali ke-3 (KEMAIH 3) selama tiga hari dua malam telah selesai dilaksanakan oleh Sekreteriat Luar Negara HALUAN yang bertempat di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

KEMAIH 3 mensasarkan mahasiswa Malaysia yang sedang belajar di IPT luar negara dan pulang bercuti. Hampir 30 orang telah menyertai program ini.

Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di luar negara, pulang bercuti ke tanah air merupakan satu peluang keemasan yang amat dinanti-nanti. Di samping pulang ke pangkuan keluarga yang tercinta dan bertemu sanak saudara serta rakan taulan, masa cuti yang terluang wajar dimanfaatkan sebaiknya.

Atas tujuan yang murni ini, saban tahun Sekreteriat Luar Negara HALUAN mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khusus untuk mahasiswa Malaysia yang sedang belajar di IPT luar negara dan pulang bercuti. Kembara Musafir Kasih atau lebih dikenali dengan KEMAIH telah memasuki siri ke tiga untuk tahun 2015 telah dilaksanakan dengan jayanya sarat dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Hampir 30 orang peserta yang menuntut dari pelbagai jurusan dan universiti di serata negara seperti Mesir, Jordan dan sebagainya telah menyertai program ini.

Antara aktiviti yang menarik di dalam program ini ialah para peserta berpeluang mempelajari pelbagai ilmu survival bersama jurulatih rekreasi yang berpengalaman seperti jungle trekking, flying fox dan kayak.

Selain itu, para peserta juga berpeluang memasak di dalam hutan dengan menggunakan kemudahan yang terhad. Pelbagai menu telah dihasilkan dengan kreativiti para peserta. Pada sebelah malamnya, peserta perlu membentangkan hasil perbincangan mereka berkisar pengalaman yang dilalui sepanjang program KEMAIH ini.

Slot pengisian utama KEMAIH telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Engr Solehuddin Shuib, Ketua Biro Pengajian Tinggi HALUAN berkisar tentang jati diri mahasiswa melawan arus globalisasi. Di dalam slot ini, penceramah berkongsi kaedah-kaedah penting di dalam membina jati diri seorang pelajar muslim dan bertindak sebagai agen perubah masyarakat.

Secara umumnya, KEMAIH berjalan dengan lancar serta mendapat komitmen yang baik daripada semua peserta. Diharapkan program ini dapat diteruskan setiap tahun dan penyertaannya akan bertambah di masa-masa mendatang.


Laporan oleh Ahmad Hussein Abu Azzam & Siti Hajar Zamrin