fbpx

Kem Kreatif Remaja ke-13 Membina Kreativiti Remaja Utara

Kem Kreatif Remaja ke-13 Membina Kreativiti Remaja Utara

Kem Kreatif Remaja ke-13 Membina Kreativiti Remaja Utara

PENDANG, 12 Jun 2009 — Sesuai dengan tema program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-13 iaitu “Remaja Ayuh Maju,” Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama HALUAN Kedah telah berjaya menganjurkan program yang dapat mendidik hati untuk generasi baru, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Jun 2009.

Kem ini disertai oleh seramai 131 orang peserta, terdiri 74 lelaki dan 57 perempuan. Manakala seramai 55 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar lepasan sekolah menengah yang sedang bercuti turut berbakti membantu menjayakan kem ini.


Pengarah Program, Abu Ubaidah b. Sharudin, berkata bahawa program ini diadakan untuk membentuk anak-anak yang berumur dari sembilan hingga tujuh belas tahun memahami asas penghayatan Islam yang tinggi dan menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, masa lapang mereka sepanjang musim cuti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut beliau lagi, program ini juga dijadikan sebagai medan untuk fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan memberikan sumbangan kepada masyarakat selaras dengan moto keARAH iaitu “Kehadapan, Aktif dan Responsif.” Program sebegini dapat mengasah kemahiran dalaman dan memberikan sumbangan kepada masyarakat. “Harapan kepada program ini adalah sangat tinggi, iaitu supaya peserta yang hadir kali ini mendapat input semaksima dan pulang ke rumah mempraktikkan apa yang dipelajari,” katanya.

Sementara itu Kem Komander, Muhammad Qawiem b. Abdul Baki, berkata program ini bertujuan untuk menanam dan memantapkan akidah adik-adik. “Jika kita lihat hari ini gejala sosial makin lama makin parah kerana tiada pembentukan yang berlaku pada peringkat masih kecil lagi. InsyaAllah KMK13 ini memberikan pendidikan dan pendedahan kepada golongan yang remaja yang membesar dalam acuan Islam,” ujar Qawiem. “Selain dari memberi kefahaman tentang kerjasama kumpulan, kem ini membina dan melahirkan kreativiti yang bersandar kepada akhlak yang tinggi,” sambung beliau lagi.

Menurutnya, program ini adalah satu keperluan kerana kebejatan sosial sekarang. Beliau berharap program yang akan datang akan dipenuhi dengan lebih banyak modul.

Antara aktiviti yang menarik dijalankan adalah Ice BreakingHeart & Mind Setting, Senamrobik, Jelajah Resort, Mujahid Maju, Circle Of Wisdom (CROWD), Halaqah Ukhwah dan Forum “Bingkisan Hati”. Peserta turut diberi pengisian yang bertajuk “Remaja Ayuh Maju” yang disampaikan oleh En. Mohd Fadhli Md Diah, Pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Lokasi kem yang indah dengan tasiknya membuatkan para peserta yang menyertai kem ini berpeluang untuk berkayak. Akhirnya pihak urusetia membenarkan mereka berkayak dan belajar berkayak kepada yang pertama kalinya.

Mudah-mudahan program ini akan diteruskan, memandangkan ianya mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat. Komitmen yang tinggi dari semua fasilitator, keARAH dan pihak urusetia amat dihargai.