fbpx

Keluarga Qiresh dihalau: Penghapusan etnik tahun 1948 berterusan

Keluarga Qiresh dihalau: Penghapusan etnik tahun 1948 berterusan

Penghapusan etnik terhadap bangsa Palestin berterusan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1948, tindakan tidak-berperikemanusiaan Zionis ini dilakukan tanpa mendapat sebarang perhatian media. Namun pada hari ini, tindakan ini masih berterusan meskipun ianya semakin mendapat perhatian media antarabangsa. Keadaan ini jelas mempamerkan sikap tidak peduli masyarakat dunia terhadap nasib bangsa Palestin dan kejahatan rejim pengganas Zionis. Sungguh dunia hari ini sebenarnya tidak peduli kepada tragedi kemanusiaan di Palestin, memandangkan mereka hanya bersikap sebagai pemerhati tanpa perasaan dan tindakan untuk menghalang kezaliman Zionis. Tala Qiresh, anak kecil berbaju merah sebagaimana dapat dilihat di bawah, dan keluarganya telah dipaksa keluar dari rumah mereka di Bandar Lama Jerusalem. Walaupun peguam-peguam cuba membantu, askar-askar pengganas Zionis tetap menghalang mereka daripada mendapatkan hak untuk memasuki semula dan menginap di dalam rumah berkenaan. Bayangkan, rumah yang mempunyai 20 bilik itu didiami sejak tahun 1940, menjadi tempat berteduh kepada 40 orang bangsa Palestin.