fbpx

Kehabisan Ubat dan Minyak Mengancam Nyawa Pesakit di Gaza

Kehabisan Ubat dan Minyak Mengancam Nyawa Pesakit di Gaza

Kehabisan Ubat dan Minyak Mengancam Nyawa Pesakit di Gaza

GAZA, 4 April 2012 – Pesakit-pesakit di Gaza berada dalam ancaman kematian akibat krisis bekalan tenaga elektrik yang berterusan untuk bulan kedua berturut-turut. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan ambulans dan kecemasan di Gaza.

Adham Abu Salmiya memberitahu satu sidang media hari ini bahawa sektor kesihatan merupakan sektor yang paling terjejas akibat krisis bahan api yang dialami di seluruh Gaza berikutan sekatan haram yang dikenakan oleh negara pengganas Zionis Yahudi. 37 ambulans dan 15 kenderaan perkhidmatan perubatan tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api, menyukarkan usaha memindahkan pesakit ke hospital, justeru mengancam nyawa mereka. Sementara 100 bayi yang baru lahir juga berhadapan dengan ancaman kematian kerana inkubator mereka tidak berfungsi sepanjang masa kerana gangguan bekalan kuasa elektrik yang berulang.

Terdapat 13 buah hospital di Gaza. Hanya 13 buah ambulan yang menggunakan minyak disel boleh berfungsi dan semua kenderaan yang menggunakan minyak petrol tidak lagi dapat berfungsi.

Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Gaza tidak dapat berfungsi sejak 10 Mac lalu, menyebabkan sektor-sektor kritikal seperti hospital terpaksa bergantung kepada generator. Kekurangan bekalan bahan api mengeruhkan lagi keadaan.

Adham Abu Salmiya menambah bahawa 168 jenis ubat-ubatan daripada stok tambahan kini kehabisan, begitu juga 200 jenis peralatan perubatan, menyebabkan pesakit-pesakit kanser, buah pinggang dan pesakit jantung kini berhadapan dengan ancaman kematian.

Satu delegasi HALUAN dijangka akan berlepas ke Gaza sebelum akhir bulan ini bagi menghantar bantuan kritikal di samping meneliti projek-projek bantuan yang sedang dijalankan di situ. Masyarakat prihatin yang merasa terpanggil untuk turut membantu mereka yang berhadapan dengan ancaman maut ini bolehlah menyalurkan bantuan melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun – BIMB: 14-023-01-003429-2
No Akaun – Maybank: 5644 9020 8528

Semoga sumbangan ikhlas anda mendapat rahmat dan balasan secara berterusan daripada Allah SWT.


Sumber berita: Ma’an News Agency, AFP