fbpx

Keganasan Tentera dan Pelampau Zionis Memuncak

Keganasan Tentera dan Pelampau Zionis Memuncak

Keganasan Tentera dan Pelampau Zionis Memuncak

GAZA CITY, 19 Jun 2012 — Tentera Zionis kembali melancarkan roket menggunakan drone (pesawat tanpa pilot) ke kawasan kediaman di wilayah Deir Balah, tengah Gaza.

Kejadian pada jam 11:50 malam waktu Gaza itu telah mengorbankan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun di tempat kejadian. Manakala dalam kejadian terdahulu, tentera Zionis telah menembak seorang pemuda Gaza yang sedang menunggang motorsikal menyebabkan beliau terbunuh.

Selain daripada wilayah Deir Balah, drone Zionis turut melancarkan roket ke bahagian utara Gaza dan juga Gaza City. Serangan-serangan tersebut telah mengakibatkan 5 warga Gaza tercedera, termasuk kanak-kanak, dan dikejarkan ke Hospital Asy Syifa di Gaza City dan Hospital Naser di selatan Gaza.

Pada jam 2:50 pagi pula, drone Zionis sekali lagi melancarkan roket yang telah mengorbankan seramai 7 warga Gaza, antaranya seorang kanak-kanak bernama Hamada. Hingga jam 3:00 pagi, bilangan drone Zionis yang berlegar di ruang udara Gaza semakin bertambah dan roket-roket masih dilancarkan ke kawasan Bait Hanoun di utara Gaza, kawasan pantai Gaza dan juga daerah Deir Balah.

Sehingga jam 3:30 pagi dilaporkan pejuang-pejuang Palestin membalas serangan Zionis dengan melancarkan sebanyak 43 roket ke dalam wilayah negara haram Zionis Yahudi di Askelon, mengakibatkan 7 orang tentera Zionis tercedera.

Sementara itu, keganasan puak pelampau Yahudi berterusan di Tebing Barat, di mana mereka telah membakar 6 buah masjid di daerah timur Ramallah.


Laporan disediakan untuk MediaHALUAN oleh Abdillah Onim, relawan MER-C Indonesia yang bertugas Beit Lahiya dan menetap di Gaza City.