fbpx

Keceriaan di Kem Pelarian Balukhali

Keceriaan di Kem Pelarian Balukhali

Keceriaan di Kem Pelarian Balukhali

BANDAR BARU BANGI, 10 Feb 2019 – HALUAN meneruskan Misi Kemanusiaan Rohingya di Kem Balukhali, Cox’s Bazaar dengan penghantaran dua orang sukarelawannya dari 2 hingga 5 Februari lepas. Usaha ini sebahagian daripada kerjasama dalam projek Sinar4Rohingya (S4R) dengan memfokuskan bantuan kebajikan dan pemantapan projek jangka panjang pendidikan, Educare Centre.

Misi kali ini disertai Ketua Biro Pemuda HALUAN, Encik Hasri Ahmad dan Pegawai Logistik, Encik Abdul Halim Kudri yang bergabung dengan NGO-NGO di bawah Sekretariat Sinar4Rohingya anjuran Kumpulan Karangkraf. Mereka telah berpeluang melawat Educare Centre di Kem Balukhali dan menyalurkan sumbangan berbentuk pakaian dan peralatan sekolah kepada 172 orang murid dan tujuh orang guru.

Educare Center yang terletak di “Village of Hope’, kem pelarian Rohingya itu telah diwujudkan oleh HALUAN dan beroperasi sejak Disember 2017. Ia bertujuan memberikan asas pendidikan kepada anak-anak pelarian Rohingya agar mereka juga mendapat hak pembelajaran sepertimana kanak-kanak lain di dunia.

Terdapat permintaan yang tinggi di kalangan pelarian Rohingya di kem tersebut yang ingin menghantar anak-anak mereka ke EduCare Center, namun ini tidak dapat ditunaikan disebabkan prasarana dan kemudahan pembelajaran yang terhad di samping sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk membiayai guru-guru tambahan.

Tergambar wajah-wajah kegembiraan daripada murid-murid dan guru-guru di situ apabila menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah, hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia melalui project Sinar4Rohingya ini. Pengetua EduCare Center, Ustaz Deen Muhammad, melahirkan rasa kesyukuran beliau kepada Allah dan juga jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sumbangan yang diterima.

Encik Hasri berkata, beliau sangat berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sumbangan mereka bagi membolehkan penerusan projek bantuan EduCare Center ini, demi mencapai objektif jangka masa panjang iaitu memberikan pendidikan yang total kepada anak-anak pelarian Rohingya.

Adalah dianggarkan 1.5 juta pelarian Rohingya berada di kem pelarian sekitar sempadan Bangladesh berhampiran Cox;s Bazaar, di mana keadaan mereka sangat dhaif dengan kemudahan asas yang begitu terhad.

Anda mungkin tidak mampu pergi ke lokasi bencana kemanusiaan ini. Namun anda masih boleh menyumbang melalui kami untuk membantu nasib mereka yang ditindas itu.

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Rohingya (RCEC)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.