fbpx

Jom Sertai SUPER ‘12

Jom Sertai SUPER ‘12

Jom Sertai SUPER ‘12

MELAKA, 5 Dis 2012 – “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2012” (SUPER ’12) yang akan berlangsung di Hotel Permaisuri MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 28 dan 29 Disember 2012 ini menjangkakan kehadirannya sekitar 200 orang peserta.

Penganjur utamanya Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) membuka peluang penyertaan kepada ahli dan bukan ahli HALUAN. Peserta akan berpeluang menemui para penceramah yang terdiri daripada mereka yang mengasaskan persijilan seperti “Islamic Manufacturing Practice” (IMP), “Goods Manufacturing Product” (GMP) dan “Syariah Compliance Muslim Product” (SCMP) serta pengusaha-pengusaha berjaya, pakar pemasaran dan pengendali koperasi.

Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN Malaysia (BeKN), Biro Profesional (BP), Kelab Usahawan HALUAN (KUH) serta Koperasi Ikhtisas Malaysia Berhad (KIMB).

Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH) adalah selaku tuan rumah SUPER ’12 ini. Dua kategori peserta yang terdiri daripada ahli HALUAN dan yang bukan ahli adalah atas dasar untuk menghubungkan HALUAN dengan masyarakat umum, khususnya di kalangan usahawan, profesional dan wakil-wakil koperasi seluruh negara.

Seminar yang bertemakan “Sinergi Usahawan & Profesional Ke Arah Keunggulan Ummah” akan memberi fokus pada dua objektif utama. Yang pertama, bertindak secara kolaborasi untuk memperkukuhkan ekonomi ummah, dan yang kedua untuk membina usahawan dan profesional pelapis yang kompeten dan beretika (berintegriti).

“Memandangkan golongan muda menjadi agenda penting dan utama, maka pihak sekretariat telah melakar satu kaedah mudah di mana pihak yang lebih senior dan berpengalaman digalakkan untuk “menaja” golongan muda untuk turut hadir bagi menimba pengetahuan menghadapi cabaran dan saingan semasa hari ini. Rakan-rakan sebaya juga boleh sama-sama membantu untuk memperkenalkan pada rakan-rakan yang lain, sekaligus budaya kerjasama ini kami cuba terapkan secara tidak langsung pada peserta,” jelas Penasihat SUPER ’12, Encik Rosli Adam selaku CEO Bina Integrated Sdn Bhd.

Seminar ini akan lebih bermakna kerana akan berbincang isu halal haram melibatkan umat Islam.

Penyediaan dan pembuatan produk secara holistik mengikut “standard” SCMP dan IMP adalah sebahagian pendedahan yang akan dibentangkan kerana ciri-ciri ‘Keusahawanan Holistik’ perlu difahami dan di pupuk kesedaran mengenainya agar produk yang suci lagi sistematik menjadi suatu ikatan padu yang tidak boleh tidak harus dipraktis oleh seluruh pengusaha, pengeluar & usahawan Muslim. Bila produk mulai masuk ke pasaran pula, maka satu lagi cabaran pengusaha Muslim adalah untuk bersaing di pasaran dunia dan domestik.

Kertas kerja berkenaan isu pemasaranakan menampilkan beberapa tip dan rahsia yang kebanyakkan kita tidak memberi perhatian.

Lebih menarik lagi, wakil-wakil koperasi juga sentiasa bertungkus lumus untuk menyediakan satu “tapak” untuk golongan usahawan dan profesional mula menabung dan melabur hingga menjadikan satu alternatif institusi kewangan yang mampu melaksanakan sistem kewangan yang patuh syariah sepenuhnya.

“Telah tiba masanya orang-orang Islam perlu sedar dan faham akan situasi yang berlaku kerana jika kita tidak bermula segera, kita akan terus tersisih dan ekonomi umat Islam akan terus dipandang “rendah” oleh pihak lain. Maka, sekretariat SUPER ’12 menyeru kepada mereka-mereka yang berminat untuk sanggup meluangkan masa pada tarikh yang tersebut untuk daftar segera,” berkata Encik Mohd Sidek Abdul Latif selaku Ketua Biro Ekonomi HALUAN Malaysia.

Mereka yang berminat boleh mendaftar samada melalui ‘online’ di http://super.mymubin.com/daftar.php atau hubungi talian berikut untuk pendaftaran; 019-2851396, 019-6222724, 019-2227913 & 019-2176106. Tempat adalah terhad.