fbpx

Jom Sertai Program Korban HALUAN 1435 H

Jom Sertai Program Korban HALUAN 1435 H

Jom Sertai Program Korban HALUAN 1435 H

KUALA LUMPUR, 25 Sept 2014 – Ramadhan dan Syawal telah berlalu, kini bulan Zulhijjah hampir tiba. Kehadiran bulan Zulhijjah merupakan suatu peluang untuk kita sama-sama menambahkan amal ibadah menerusi ibadah korban dan aqiqah. Saban tahun peluang ini sentiasa dinantikan oleh mereka yang berkemampuan.

Namun saban tahun juga kita dapat melihat daging-daging korban berlebihan di tempat-tempat tertentu, malah ada juga diagihkan kepada mereka yang tidak begitu memerlukannya. Sedangkan mereka yang benar-benar berhajat masih tidak dapat mengecapi daging korban sebagaimana sepatutnya.

Menyedari senario ini, HALUAN sekali lagi akan menganjurkan “Program Ibadah Korban HALUAN 1435H” demi menggalakkan umat Islam menunaikan ibadah korban di tempat mereka yang lebih memerlukan, sama ada kerana masalah ekonomi, bencana alam, peperangan, kemiskinan, penindasan dan seumpamanya.

HALUAN telah mengenalpasti golongan berikut di perkampungan Islam sebagai sasaran program ibadah korbannya:

  1. Somalia, Myanmar dan Thailand.
  2. India, Bangladesh, Vietnam dan Kemboja.
  3. Palestin/Gaza.
  4. Pelarian dan mangsa-mangsa peperangan di Syria.

HALUAN sudah berpengalaman melaksanakan ibadah korban selama 14 tahun. Disebabkan itu, pihak HALUAN telah membina jaringan yang baik dengan rakan NGO di negara terlibat yang diyakini dan dipercayai mampu menyelenggarakan ibadah korban ihsan daripada rakyat Malaysia dengan sempurna dan berjaya. Wakil-wakil HALUAN juga turut dihantar ke sana untuk memantau kerja-kerja pemilihan binatang ternakan hingga kepada proses penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan miskin dan fakir. Setiap peserta yang melaksanakan program korban ini akan diberikan sijil penyertaan sambil berita berkenaannya akan disiarkan di laman web ini.

Harga Korban di Somalia, Myanmar dan Thailand bermula daripada RM350; di Kemboja, Bangladesh, India, Vietnam dan Laos pada kadar RM280; di Palestin sekitar RM1,400 manakala di Syria dan Jordan dengan nilai RM900. Jenis korban atau aqiqah untuk setiap jenis ternakan yang berlainan dan kos untuk setiap satu bahagian boleh dilihat dengan mudah dalam jadual di bawah:

Kod Penerangan Harga (RM)

A [Somalia] Korban Kambing (Seekor) ATAU Korban Unta (Sebahagian) / [Thailand/Myanmar] – Korban Lembu (Sebahagian) | RM350.00
B [Kemboja, Bangladesh, India, Vietnam, Laos] – Korban Lembu (Sebahagian) | RM280.00
C [Kemboja] – Aqiqah/ Korban Kambing (Seekor) *termasuk kos pengurusan | RM550.00
D [Palestin] – Korban Kambing (Seekor) ATAU Korban Lembu (Sebahagian) | RM1,400.00
E [Syria, Jordan] – Korban Kambing (Seekor) | RM900.00

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Program Ibadah Korban HALUAN 1435H bolehlah mendaftar secara online di = http://korban.haluan.org.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Ahad, 28 SEPTEMBER 2014. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama ‘HALUAN’ melalui wakil HALUAN negeri, atau dibank-in ke akaun HALUAN disertai dengan bukti pembayaran. Butiran akaun HALUAN adalah seperti berikut:

Nama akaun: HALUAN
Nama Bank: Maybank Islamic Bank Berhad (MBB)
No. Akaun: 5622 6350 2604

Mereka yang berminat juga boleh menghubungi Urusetia Program Ibadah Korban HALUAN 1435H di alamat dan talian di bawah:

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
A-03-1, Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8926 8892
Hotline: 013- 3137 324
Fax:+603 -8926 6892 / +603- 8927 5244
Email: korban@haluan.org.my

Semoga dengan perlaksanaan ibadah korban di negara-negara yang lebih memerlukan, kita mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Selain menyumbang, kita turut membantu meringankan beban dan permasalahan di sana. Semoga Allah SWT membalasinya dengan sebaik-baik ganjaran. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj, ayat ke 37 yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu.”

Diriwayatkan oleh Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah SWT daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu melaksanakan korban itu dengan hati yang bersih.”

Laporan oleh Biro Kebajikan HALUAN