fbpx

Jom sertai JDK2011. Daftar secara online sekarang!

Jom sertai JDK2011. Daftar secara online sekarang!

Jom sertai JDK2011. Daftar secara online sekarang!

HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) akan menganjurkan Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja (JDK) untuk tahun yang ketiga untuk pelajar-pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertujuan utk membangun modal insan seimbang dan pembentukan jati diri yang utuh.


Sebanyak 7 Modul yang disediakan sepanjang Kursus JDK ini iaitu :

• Modul Anjakan Paradigma
• Modul Kemahiran Insan dan Profesional 
• Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
• Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
• Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
• Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
• Modul Kolej Teknologi Darulnaim


Program ini akan di adakan serentak mengikut zon iaitu :

Zon Tengah | 
Kem Bumi Jati
Shah Alam, Malaysia.

Zon Timur | 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)Wilayah Timur, 
Besut, 
Terengganu Darul Iman

Zon Utara | 
Batu Ampar Resort, 
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Zon Selatan | 
Savana Hill
Jalan Sg. Tiram, 
81800 Ulu Tiram, 
Johor Darul Takzim

Kursus ini akan bermula pada 24hb Disember hingga 14hb Januari iaitu selama 22 hari sahaja.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi wakil-wakil zon kami iaitu :

a. Zon Utara Sdr Ahmad Yusuf Bin Razali ( Tel 012 460 2580)
b. Zon Tengah En Mubarak Ali (Tel 012-345 5667)
c. Zon Timur En Jamil Muda ( 016-393 9037)
d. Zon Selatan En Ahmad Akif Adam (012-785 7748)

Dan juga, boleh membuat permohonan online di website rasmi Kursus JDK :
http://jdk2011.haluan.org.my
Boleh juga layari laman Fan Page Facebook di Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK). https://www.facebook.com/jdkhaluan