fbpx

Jom ke Konvensyen Wanita Disember Ini

Jom ke Konvensyen Wanita Disember Ini

Jom ke Konvensyen Wanita Disember Ini

BANDAR BARU BAGI, 23 Nov 2016 – Biro HALUANITA akan menganjurkan Konvensyen Wanita Kebangsaan 2016 pada 27 Disember ini, bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Konvensyen yang menampilkan pelbagai personaliti menarik ini adalah dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya dan bakal berlangsung di Auditorium Ibn Sina.

Menurut pengarah program, Dr. Zurina Muda, konvensyen yang bertemakan “Wanita Pembina Legasi Masa Depan” ini menyediakan pelbagai slot yang menarik untuk para peserta.

Antara tajuknya adalah Peranan Wanita dalam Mendokong Kestabilan Negara oleh Dr Abdullah Sudin Abd Rahman; Hak dan Tanggungjawab Wanita Merentasi Zaman oleh Ustazah Dr Aisyah Dollah serta Forum Wanita Masa Kini. Forum ini terdiri daripada panelis tersohor seperti Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa dan Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman.

“Objektif konvensyen kali ini adalah untuk memaparkan hak dan tanggungjawab wanita dari pelbagai aspek kehidupan di sepanjang zaman. Kita mahu memberi kesedaran tentang peranan wanita dalam membantu dan menyokong kestabilan keluarga, masyarakat mahupun negara. Dan wanita berperanan besar membina legasi masa depan umat ini,” jelas Dr Zurina lagi.

Konvensyen Wanita kali ini juga turut diserikan dengan Majlis Konvokesyen Guru-guru Little Abd Programme (LAP) serta persembahan daripada murid-murid Tadika LAP.

Ayuh sama-sama kita menghadiri konvensyen ini, baik wanita mahupun lelaki. Bagi para ibu, wanita berkerjaya mahupun pasangan suami isteri, jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut serta memeriahkan majlis ilmu ini.

Hanya RM30 sahaja untuk yuran pendaftaran termasuk makan-minum serta kit konvensyen. Daftar segera di laman sesawang https://goo.gl/zFTkex. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 013-3253 975 atau 013-245 0351.

Jumpa di sana!


Laporan oleh Farhan Lokman