fbpx

Jemputan ke Sambutan Aidilfitri HALUAN

Jemputan ke Sambutan Aidilfitri HALUAN

Jemputan ke Sambutan Aidilfitri HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 15 Ogos 2013 — HALUAN akan menganjurkan Sambutan Aidilfitri 1434H peringkat kebangsaan bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat HALUAN pada hari Sabtu, 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H.

Menurut Pengerusi JK Sambutan Aidilfitri, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin yang juga merangkap Naib Presiden 2 HALUAN, “Kita adakan sambutan pada kali ini dengan sederhana dan ala kadar sahaja, demi menghormati peristiwa kejam yang berlaku kepada saudara kita di Mesir, malah diseluruh.”

Majlis yang dijangka akan bermula seawal 10.30 pagi itu dijangka dihadiri hampir 2000 orang ahli HALUAN dan tetamu jemputan.

Tentatif program adalah seperti berikut:

SABTU, 17 Ogos 2013
10.30 pagi – Ketibaan Tetamu
11.00 pagi – Ketibaan Tetamu Jemputan
11.15 pagi – Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
11.20 pagi – Ucapan Alu-aluan Pengerusi JK Sambutan Aidilfitri
11.30 pagi – Perutusan Aidilfitri Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman
11.50 pagi – Jamuan Aidilfitri
1.30 petang – Titipan Duit Raya Aidilfitri Kepada Anak-anak Yatim
3.00 petang – Bersurai

RSVP
Encik Ahmad Fisal Md Salleh (+6013 396 1861)
Email: info@haluan.org.my
Fax: +603 8926 6892

Kod Pakaian
Lelaki: Baju Melayu/Batik
Perempuan: Sopan