fbpx

Jelajah Perkongsian Pengalaman Relawan HALUAN di Padang Semakin Rancak

Jelajah Perkongsian Pengalaman Relawan HALUAN di Padang Semakin Rancak

Jelajah Perkongsian Pengalaman Relawan HALUAN di Padang Semakin Rancak

Para relawan HALUAN  yang telah menyertai Misi Kemanusiaan Padang Sumatera bergerak aktif mengadakan siri Ceramah Perkongsian Pengalaman di pelbagai lokasi.


Di Selangor, beberapa siri ceramah telah diadakan di beberapa lokasi terpilih, antaranya di Pejabat HALUAN Shah Alam, di Surau Seksyen 20 Shah Alam, di surau Ar Rahman Sg. Buloh, surau Taman Pelangi Rawang, Masjid Matang Pagar Sg. Buloh, Masjid Paya Jaras Sg. Buloh, Surau Kolej Ibn Sina Universiti Malaya dan juga Pusat ASASI UIAM Petaling Jaya Selangor.

HALUAN Johor telah mengadakan ceramah perkongsian pengalaman yang telah disampaikan oleh Dr. Arbain Syawal, iaitu ketua Misi Pertama HALUAN ke Padang. Program tersebut telah diadakan di Sekolah Tadika Islam Ghufran pada 14 Oktober, kemudian di Pusat Kesihatan Bandar Mas pada 25 Oktober yang lalu.

Manakala di Pulau Pinang, Sdr. Mohd Sani yang mewakili HALUAN Kedah dalam Misi Pertama ke Padang, telah menyampaikan perkongsian pengalaman beliau di SK Bukit Indra Muda, Butterworth pada 26 Oktober yang lalu.

Relawan dari HALUAN Kelantan juga turut aktif menggerakkan siri jelajah ceramah perkongsian pengalaman Misi Kemanusiaan Padang. Pada 3 November, Dr. Saedah Ali yang telah menyertai Misi Pertama, dan Dr. Mohd Arif Rasyid yang mengetuai Misi Kedua, telah berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa.

Begitu juga di Pahang, Ketua Misi Ketiga yang juga merupakan Timbalan Setiausaha HALUAN Pahang, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, bersama-sama relawan HALUAN Pahang yang pernah menyertai Misi Kemanusiaa Padang Hj Ahmad Zakhir dan Sdr Azmi Yaakob telah mengadakan ceramah di Masjid Lama Permatang Badak pada 4hb November, Masjid Politeknik Kuantan pada 5hb November, Dewan Besar Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 6hb Novenber, dan terkini di Masjid Cenderawasih, Kuantan pada 7hb November. Di samping mengadakan ceramah, kempen pungutan derma juga telah dilancarkan untuk mengumpulkan dana bagi membantu mangsa gempa.

Kepada mana-mana pihak, sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan, surau dan masjid yang berminat untuk menjemput relawan HALUAN menyampaikan ceramah perkongsian Misi Kemanusiaan Padang HALUAN, sila hubungi:

Lembah Klang – Mohd Akram (012 374 4706)
Zon Selantan  – Dr. Arbain Syswal (016 710 1062)
Zon Utara – Mohd Sani (019 478 2967)
Pahang – Sdr. Bashir Abd Ghani (013 933 3316)
Kelantan – Dr. Mohd Arif Rasyid (013 939 7959)