fbpx

JDK Zon Tengah Melabuh Tirai

JDK Zon Tengah Melabuh Tirai

JDK Zon Tengah Melabuh Tirai

SHAH ALAM, 14 Januari – Kursus JatiDiri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) Wilayah Tengah telah melabuhkan tirainya usai sahaja Majlis Penutupan Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tn Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam.


Kursus yang berlangsung selama 22 hari ini telah melibatkan 91 orang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari pelbagai sekolah.

Dalam ucapan perasmian penutupannya, Tn Hj Razali memohon kemaafan kerana tidak dapat menyediakan Pusat ILIM Bangi untuk melaksanakan Kursus JDK kali ini. Walaubagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pihak JAKIM juga telah menyediakan Pusat ILIM Besut untuk Kursus JDK Zon Timur. Beliau berjanji akan cuba untuk memberikan kerjasama yang lebih baik pada tahun akan datang dengan penyediaan tempat dan dana yang lebih besar.

Beliau telah menyarankan supaya pihak HALUAN memohon bantuan dari pihak pusat zakat untuk melaksanakan program-program sebegini. Kata beliau, pihak JAKIM akan menyokong permohonan tersebut.

Di akhir ucapannya, beliau telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap para peserta JDK supaya mereka akan keluar menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat.