fbpx

JDK Pesat Membangunkan Sukarelawan

JDK Pesat Membangunkan Sukarelawan

JDK Pesat Membangunkan Sukarelawan

BANDAR BARU BANGI, 22 Dis 2014 — Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) yang memasuki tahun keenam perlaksanaan sedang berlangsung serentak di seluruh negera di empat zon.

JDK Zon Selatan bertempat di Kem Dayang, Pontian, Johor; Zon Tengah di Pusat Latihan YADIM, Hulu Langat, Selangor; Zon Timur di Pusat Latihan dan Rekreasi Sri Chat, Bachok, Kelantan; dan Zon Utara di Pusat Kokurikulum, Kem Tasoh, Perlis.

JDK adalah satu usaha kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) untuk memberi peluang kepada para pelajar yang tidak terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi mengikuti satu proses pembentukan modal insan yang tersusun.

Melalui program JDK selama 19 hari ini, para peserta akan mengikuti tujuh modul khusus termasuklah program khidmat masyarakat. Peserta kini telah melalui Modul Anjakan Paradigma, Modul Kemahiran Insan & Profesional dan kini peserta sedang menjalani modul kepimpinan masyarakat selama tiga hari.

Menurut urusetia pusat, Encik Anaqi Salleh, “Mereka bakal melalui modul-modul menarik bersama-sama penduduk setempat bagi menjalankan khidmat masyarakat sekitar zon masing-masing bermula rabu ini. Modul ini akan memberi pengalaman yang amat berharga buat peserta.”

Seluruh ahli jawatankuasa dan urusetia JDK 2014 mengucapkan selamat berkursus dan membentuk jati diri kepada setiap peserta. Semoga terbentuk masyarakat remaja yang mempunyai jatidiri mantap dan diredhai Allah, bagi melalui masa depan mereka yang penuh dengan cabaran.

MediaHALUAN