fbpx

JAWI Prihatin Palestin

JAWI Prihatin Palestin

JAWI Prihatin Palestin

KUALA LUMPUR, 14 Dis 2015 — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memilih HALUAN sebagai salah sebuah NGO penerima sumbangan untuk Palestin dalam satu majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut di sini pada 14 Disember yang lepas.

Sumbangan disampaikan oleh pengarahnya, Encik Paimuzi Yahya hasil kempen kutipan dana Palestin sebanyak dua kali solat Jumaat dalam bulan Ramadhan yang lepas melibatkan lebih 40 buah masjid di bawah pengawasan JAWI. Sebanyak RM 100,000 dapat dikumpulkan hasil sumbangan mereka yang prihatin dengan isu Palestin. Salah sebuah NGO lain yang turut menerima sumbangan ini adalah Yayasan Amal.

Dana ini akan disalurkan kepada rakyat Palestin yang sehingga kini masih lagi dijajah oleh rejim Zionis. Tiga wakil HALUAN yang hadir termasuklah Presiden, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Ketua Biro HALUAN Palestin, Encik Ahmad Fisal Salleh dan Setiausaha Kerja Biro HALUAN Palestin, Encik Musab Saari.

Pihak JAWI telah menyampaikan cek sebanyak RM50,000 kepada pihak HALUAN dan RM50,000 lagi kepada Yayasan Amal Malaysia untuk tujuan tersebut.


Laporan Encik Musab Saari, Setiausaha Kerja Biro HALUAN Palestin