fbpx

Israel Terus Rakus Memusnahkan Penempatan Palestin

Israel Terus Rakus Memusnahkan Penempatan Palestin

Israel Terus Rakus Memusnahkan Penempatan Palestin

23 Jun, Tebing Barat – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel yang dikenali sebagai B’Tselem dalam satu kenyataan mereka semalam (22/6) menyatakan bahawa tentera Israel setakat ini telah merobohkan 103 struktur perumahan penduduk Palestin. Angka baru menunjukkan peningkatan mendadak daripada 86 struktur yang dimusnahkan pada tahun 2010, menurut kenyataan itu. Israel mendakwa bahawa mereka hanya memusnahkan struktur yang dibina tanpa permit. B’Tselem berkata rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan kerana Israel, yang menguasai Tebing Barat, Palestin jarang memberikan permit untuk membina. Pada hari Selasa (21/6), jentolak Israel memusnahkan rumah Palestin berhampiran bandar al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat. Israel menduduki Tebing Barat di samping wilayah Palestin yang lain Timur al-Quds (Jerusalem) pada tahun 1967 dan kemudian membina penempatan haram mereka dalam usaha yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sementara itu, Human Rights Watch telah menggesa Tel Aviv untuk memberhentikan pencerobohan. HN / AGB / mgh