fbpx

Israel Telah Penjarakan 70 Ribu Warga Palestin Semenjak Intifadah Tahun 2000

Israel Telah Penjarakan 70 Ribu Warga Palestin Semenjak Intifadah Tahun 2000

Israel Telah Penjarakan 70 Ribu Warga Palestin Semenjak Intifadah Tahun 2000

Tahukan anda bahawa semenjak meletusnya Intifadah pada 28 Sept 2000, penjajah Israel telah menangkap sekitar 70 ribu warga Palestin, termasuk di dalamnya lebih dari 800 orang wanita, 7900 orang anak-anak dan 56 anggota Parlimen. Juga meningkatnya tahanan yang meninggal dunia kepada 74 orang akibat penyiksaan, tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya atau pembunuhan yang disengajakan sebaik sahaja mereka ditahan. Demikian menurut laporan Direktor Jabatan Pengurusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Reyad Ashqar. Gelombang penangkapan di Tebing Barat sendiri meliputi pelbagai lapisan warga Palestin, dimulai dari anak-anak, remaaja, pemuda, wanita, orang sakit, orang cacat,  nelayan, petani dan warga tua. Sehingga kini jumlah tahanan setelah 9 tahun berlalu mencapai lebih dari 12 ribu orang, termasuk lelaki dan wanita, dan jumlah itu masih mendekam di penjara-penjara Israel walaupun sekitar 1800 orang tahanan sudah dibebaskan Israel dalam proses cuba bersikap  ber‘niat baik’. Ashqar mengisyaratkan bagaimana sejak Intifadah meletus itu tahanan Palestin menghadapi pelbagai penindasan yang tidak berlaku sebelumnya, seperti pembunuhan langsung dengan cara ditembak, dibiarkan sakit sampai mati, mengeluarkan pelbagai keputusan pengadilan yang mensabitkan kesalahan ke atas tahanan tanpa perbicaraan, tindakan kejahatan seperti larangan lawatan dari sanak saudara, pengesahan penyiksaan dengan dalih tahanan itu sangat berbahaya atau yang kerap mereka sebut dengan bom waktu, penahanan tanpa proses pengadilan atau tanpa tuduhan yang jelas, yang biasanya diterapkan terhadap tahanan dari Jalur Gaza, penyitaan aset-aset tahanan dan pelbagai lagi tindakan luar kemanusiaan. Berkaitan dengan 800 orang tahanan wanita, Ashqar menjelaskan, di antara mereka ada yang usianya belum genap 16 tahun, 60 lainnya hidup dalam keadaan penjara yang sangat teruk dan buruk, hak-hak pengadilan mereka dicabul dan dinafikan, pelbagai penghinaan, penyiksaan dan tekanan diterapkan, sehinggakan kepada penderaan seksual dan pemerkosaan seperti yang terjadi di Penjara Hasharon. Tercatat juga beberapa tahanan wanita yang dibiarkan sakit tanpa mendapatkan rawatan dari pihak hospital, seperti yang dialami Amal Fayez Jam’ah yang menderita kanser rahim.(milyas/paltimes)