fbpx

Israel Musuh Nombor Satu Mesir

Israel Musuh Nombor Satu Mesir

Israel Musuh Nombor Satu Mesir

Kaherah, 14 Mac – Majlis Rendah di Parlimen Mesir dengan sebulat suara telah menyetujui sebuah teks deklarasi bersama yang menyatakan bahawa Israel adalah musuh nombor satu di Mesir. Dalam deklarasi bersama Parlimen Mesir tersebut telah menyeru pengusiran Duta Besar Israel dan menghentikan serta merta eksport minyak ke Israel.

Dalam laman Press TV, Selasa (13/3), Anggota Parlimen Mesir bersatu sebulat suara dengan mengangkat tangan bersama saat teks deklarasi anti Israel dibacakan pada Isnin (12/3). Teks tersebut disusun oleh Jawatankuasa Urusan Majlis Rakyat (Majlis Rendah Parlimen).

“Revolusi Mesir hadir bukan untuk menjadi kaki tangan kepada Zionis, kerana Israel adalah musuh nombor satu Mesir dan bangsa Arab,” dalam teks deklarasi tersebut. Dalam teks itu juga menyebutkan. “Kerajaan Mesir dengan segera akan menilai kembali semua hubungan dan kesepakatan dengan Israel.”

Keakraban Mesir dengan Israel di era Husni Mubarak telah dimulai pada tahun 1979. Mesir menjadi negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan Israel. Dan Mesir dipaksa untuk setuju untuk membekal gas ke Israel sebagai salah satu kandungan perjanjian ekonomi yang ditaja oleh Amerika.

Sumber: PTV