fbpx

Israel Dalang Kempen Anti Islam di Perancis

Israel Dalang Kempen Anti Islam di Perancis

Israel Dalang Kempen Anti Islam di Perancis

Daniel Ben Simon, yang juga merupakan salah seorang anggota Parlimen (Knesset) Israel dalam satu artikelnya di laman sesawang berbahasa Ibrani Abdellah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi Perancis lah yang berada di sebalik kempen anti pemakaian jilbab dan bertudung labuh melalui tindakan intimidasi, ancaman dan pelbagai lagi terhadap umat Islam Perancis. Tidak hanya itu, para Yahudi tersebut juga melancarkan kempen ide “Islamfobia” di antara warga Perancis, dengan tuduhan bahawa umat Islam di Perancis perlahan-lahan berusaha untuk menduduki Perancis dan akan berakhir dengan dominasi umat Islam di seluruh Perancis, terutama kerana pertumbuhan kaum muslimin di sana cukup pesat dan dianggarkan pada tahun 2050 hampir separuh penduduk Perancis adalah umat Islam,  sedangkan pada saat ini saja umat Islam di Perancis sudah mencecah sekitar 6-8 juta orang.

Menurut Ben Simon, pihak yang berkomplot di Perancis percaya bahawa pembatasan pada beberapa komuniti muslim di Perancis, yang melarang pemakaian jilbab dan bertudung labuh, akan dapat menyekat pertumbuhan kekuatan Islam di sana, dan orang-orang Yahudi Perancis sangat menyokong pelarangan tersebut, mereka bimbang atas semakin meningkatnya kekuatan umat Islam di Perancis, yang mereka lihat sebagai ancaman terbesar bagi kehadiran mereka, dan ini salah satu alasan Yahudi Perancis banyak membeli apartmen di negara-negara lain, dalam upaya persiapan untuk hijrah dari Perancis pada setiap saat. Ben Simon dalam artikelnya juga menyatakan bahawa meningkatnya kepedulian orang Yahudi atas kekuatan pertumbuhan Islam di Perancis telah mendorong mereka untuk memprovokasi pihak berkuasa Perancis untuk bertindak melawan kaum Muslimin Perancis, terutama sejak Presiden Perancis Nicolas Sarkozy ketakutan terhadap pertumbuhan umat Islam di sana. Ben Simon mengakhiri artikel dengan menunjukkan bahawa Perancis saat ini berada di persimpangan jalan, pada satu sisi pemerintah Sarkozy ingin mempertahankan sekularisme di negeri Perancis, dan di sisi lain pemerintahan Sarkozy tidak ingin mendapatkan kritikan atas kebijakan mereka yang berimplikasi terhadap meningkatnya rasisme terhadap umat Islam Perancis.(fq/imo)