fbpx

Israel Akan Kembali Serang Gaza Pertengahan 2010: Ibrahim Habib

Israel Akan Kembali Serang Gaza Pertengahan 2010: Ibrahim Habib

Pakar permasalahan keamanan nasional Palestin, Ibrahim Habib membuat jangkaan bahawa Israel akan kembali melakukan operasi ketenteraannya ke Gaza pada pertengahan tahun 2010. Menurutnya, serangan akan dilakukan dengan sasaran untuk melemahkan kestabilan pemerintahan Gaza oleh Hamas. Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Ebda’ pada beberapa hari lalu, Ibrahim mengatakan,”Sasaran serangan Israel yang akan datang tidak bermaksud untuk menjatuhkan pemerintahan Hamas di Gaza, tetapi sebagai langkah awal kearah melemahkan pemerintahan Hamas, sehingga apabila sampai waktunya tatkala ketenteraan Israel sudah mampu masuk kembali ke dalam Gaza.

Menurut Ibrahim Habib, dalam huraiannya, pendahuluan serangan yang dilakukan oleh Israel itu bertujuan untuk menjatuhkan pemerintahan Hamas di Gaza. Ini perlu dilakukan kerana Israel telah menerima tekanan yang teruk akibat di tuduh melakukan pembunuhan rakyat awam. Tiga fasa sasaran Israel dijangkakan akan berlaku. Pertama, melakukan serangan udara ke atas berbagai bangunan pemerintahan dan ketenteraan Hamas, termasuk bangunan awam dan pihak penguasa polis tempatan. Kedua, melakukan serangan terhadap sejumlah tempat yang dianggap memiliki informasi penting bagi penduduk gaza, seperti pejabat data penduduk dan pemerintahan, penempatan pegawai Hamas, jabatan penting seperti kementerian komunikasi, pengangkutan dan lainnya. Sedangkan ketiga adalah melakukan serangan membunuh sejumlah tokoh berpengaruh dari kalangan pemerintahan Gaza, dan tokoh perjuangan Palestin. Habib menambahkan bahawa Israel akan lebih berhati-hati mengatur strategi perangnya ke atas pejuang Palestin, setelah laporan Goldstone melaporkan kejahatan perang Israel kepada PBB. (mln/pic)