fbpx

ISMA Sedia Ganding Bahu Dengan HALUAN

ISMA Sedia Ganding Bahu Dengan HALUAN

ISMA Sedia Ganding Bahu Dengan HALUAN

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersedia berganding bahu bersama HALUAN demi pembangunan umat Islam di Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung ISMA, Dr. Ahmad Kamsani Samingan, kerjasama tersebut bukanlah suatu perkara mustahil kerana kedua-dua buah NGO Muslim berkenaan mempunyai visi dan misi yang hampir sama. Kerjasama kedua-dua pihak tersebut amat perlu demi membangunkan umat Islam di Malaysia lebih-lebih lagi dengan gejala remaja yang sangat membimbangkan sekarang ini, ujar beliau semasa ditemui mediaHALUAN bersempena Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN ke-28 di sini semalam yang berlangsung dari 28 hingga 30 April.

“Kita tidak mahu bangsa Melayu merasa rendah diri dengan bangsa yang lain. Orang Melayu harus mempertahankan tamadun Melayu kerana tamadun Melayu adalah tamadun tertua di Malaysia. Maka bangsa Melayu harus berasa bangga dengan tamadun mereka,” tegas beliau.

Beliau mengingatkan ahli HALUAN bahawa segala masalah yang berlaku ada yang telah dirancang sebegitu untuk meragukan umat Melayu Islam itu sendiri. Katanya lagi, ISMA mempunyai slogan tersendiri iaitu “Melayu sepakat, Islam berdaulat” bersesuaian dengan hasrat berpakat dalam medan dakwah di antara ISMA dan HALUAN.

Laporan Nik Ali Imran Nik Kamaruzaman
Wartawan mediaHALUAN