fbpx

International Conspiracy – Sejarah Rothschild

International Conspiracy – Sejarah Rothschild

Kerja-kerja mereka yang paling teratur di mulakan oleh seorang yahudi bernama Amschel Bauer. Dia pindah ke Frankfurt pada tahun 1750 dan membuka sebuah kedai bernama ‘Rothschild’ yang bermaksud perisai merah (Red shield). Anaknya bernama Amschel Meyer Bauer, kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild. Dari situ lah mulanya keluarga Rothschild. Rothschild mempunyai 5 orang anak lelaki dan dia merancang untuk menguasai kekayaan dunia. Pada tahun 1773, dia mengumpulkan 12 orang yahudi di rumahnya, termasuk dia sendiri menjadi 13 orang. Dari situlah mulanya ditubuhkan kumpulan rahsia itu dan kerja-kerja mereka semakin teratur selepas itu. Dia memberikan satu ceramah yang cukup panjang kepada mereka dan dia merancang untuk menguasai bank England. Dan dia mahukan anak-anaknya untuk menguasai kekayaan negeri-negeri lain, tiap-tiap seorang satu negeri.

Anaknya yang paling berpengaruh ialah Nathan Rothschild yang menguasai bank England. Setelah kumpulan ’13’ itu ditubuhkan, Rothschild mengarahkan seorang yang bernama Adam Weishaupt untuk menuliskan satu plan untuk menguasai kekayaan dunia. Plan itu siap pada tahun 1776 dan dituliskan dalam bentuk buku. Dalam plan itu ada ditulis bagaimana mereka merancang revolusi Perancis dan revolusi Amerika. Revolusi Amerika diadakan pada tahun itu juga dan revolusi Perancis diadakan beberapa tahun selepas itu. Pada tahun 1776 itu juga, satu salinan daripada perancangan mereka itu dikirimkan ke Paris melalui seorang utusan. Utusan itu bagaimanapun telah terbunuh di dalam perjalanannya. Dia mati di Bavaria. Apabila polis Bavaria menjumpai mayatnya, mereka juga menjumpai plan itu di tangannya. Dalam plan itu ada disebutkan beberapa nama. Lalu polis pun menyerbu rumah-rumah orang-orang itu dan mereka menjumpai beberapa lagi dokumen yang membuktikan bahawa perancangan jahat kumpulan itu adalah benar. Lalu kumpulan itu, yang pada masa itu bergerak dengan menggunakan nama ‘Grand Orient’, pun diharamkan. Sejak dari itulah mereka mula bergerak secara rahsia. Kerajaan Bavaria pada masa itu telah menulis surat kepada negara-negara lain dan memberikan amaran kepada mereka mengenai perancangan jahat yahudi itu. Malangnya, kebanyakan daripada negara-negara itu telahpun dapat dikuasai oleh ‘lluminati’, dan mereka telah dapat mempengaruhi negara-negara tersebut untuk tidak menghiraukan surat tersebut. Nathan Rothschild, yang menguasai Bank England, menjadi cukup kaya dengan menggunakan beberapa kejadian. Contohnya pada tahun 1814 apabila Napoleon dibuang negeri, dia menyiarkan satu khabar angin bahawa Napoleon telah menang. Lantaran itu semua harga saham telah jatuh dan dia pun membelinya dengan banyak sekali. Tidak lama kemudian orangramai dapat tahu tentang kejadian sebenar dan harga saham mulai naik kembali. Setelah itu Nathan pun menjual semua sahamnya dan mendapat untung yang sangat besar dalam masa beberapa bulan sahaja. Nathan kemudiannya, pada tahun 1840, melalui Mazzini telah mengarahkan Jeneral Albert Pike untuk memperbaiki plan yang dibuat oleh Weishaupt itu dan kali ini ditambahkan dengan plan untuk abad ke 20. Pengarang itu telah dapat melihat PD1 dan PD2 dan beliau meramalkan bahawa PD3 akan berlaku tidak lama lagi. Kumpulan 13 itu menubuhkan 3 kaunsel di bawah mereka dan di bawah 3 kaunsel itu ada 40 kaunsel lagi. Dan merekalah yang mengepalai revolusi-revolusi yang diadakan. Selepas Mazzini mati, dia diganti oleh Lemmi, dan Lemmi pula diganti oleh Lenin dan Trotsky. Selepas penulisan plan itu oleh Pike, mereka menyuruh Karl Marx menulis ‘Das Kapital’ dan Engels menulis ‘Communist Manifesto’. Pada masa yang sama juga, Karl Ritter menulis sebuah buku untuk menentang pengaruh komunis itu. Buku itu diambil oleh Nitzsche dan kemudiannya diambil pula oleh pengikut-pengikut Fascisme dan Nazisme. Buku ini merupakan ‘antithesis’ kepada buku-buku komunis itu. Oleh kerana kumpulan yahudi itu telah diharamkan dari menyertai ‘Grand Orient’ di Bavaria, semua ahli-ahli Grand Orient di Bavaria terdiri dari orang-orang bukan yahudi. Jadi Jerman dikuasai oleh orang-orang bukan yahudi dan ini secara tak langsung memudahkan bagi mereka untuk memerangi Jerman.