fbpx

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Satu kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Transparency International pada hari Selasa (26/10), melaporkan bahawa Israel menjadi salah satu negara paling tinggi kadar rasuah di Dunia Barat. Penyelidikan bagi  tahun 2010 itu melibatkan 178 buah negara. Israel  disenaraikan di tangga ke 30. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Israel menerima skor 6.1 dari 10 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), di mana penilaiannya dilakukan terhadap sektor awam. Menurut CEO Transparency International Israel, Gaul Sagi, negara-negara lain telah berjaya melakukan penambahbaikan sejak tahun lalu, tetapi skor CPI (Indeks Persepsi Rasuah) Israel masih belum meningkat secara signifikan sejak tahun 2007, dan semenjak itu perkembangannya semakin memburuk. Menurut laporan akhbar Haaretz, Sagi berkata, “Walaupun rasuah dibahaskan dan dikutuk dalam parlimen Israel, namun ahli politik Israel tidak melakukan usaha yang cukup untuk mengatasinya. Jika pemimpin politik tidak memberi keutamaan kepada masalah ini, ianya tidak akan berubah.” (imo)