fbpx

IKIM.fm Serah Sumbangan Masyarakat

IKIM.fm Serah Sumbangan Masyarakat

IKIM.fm Serah Sumbangan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2015 — Buat julung kalinya Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm) menyerahkan sumbangan RM2,304.00 kepada HALUAN di Pusat Media IKIM.fm disini.

Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata, sumbangan tersebut merupakan sumbangan masyarakat dalam Program Undian SMS untuk kategori Lagu Terbaik Pilihan Pendengar yang telah berlangsung pada awal tahun 2015 yang lalu.

Katanya, sumbangan yang diberikan itu diharapkan dapat membantu mereka yang lebih memerlukan terutama bagi mangsa banjir yang lalu. Program ini sebenarnya telah berlangsung pada 2 November hingga 31 Disember 2014 untuk undian manakala Anugerah Nasyid IKIM.fm pada 6 Januari 2015.

Cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM kepada Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Menurut YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan, pihak IKIM berharap agar dapat berkerjasama lagi dengan HALUAN untuk masa-masa yang akan datang.

Dr. Abdullah Sudin mengucap terima kasih kepada pihak IKIM.fm kerana menjadi perantara masyarakat dalam menyalurkan sumbangan. Menurut beliau lagi, HALUAN sangat berbesar hati untuk terus menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua agensi serta NGO dalam usaha menyalurkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Laporan oleh Muhammad Mus’ab Sa’ari