fbpx

Iftar Rohingya Gembirakan Pelarian Miskin dan Daif

Iftar Rohingya Gembirakan Pelarian Miskin dan Daif

Iftar Rohingya Gembirakan Pelarian Miskin dan Daif

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 10 Mei 2020 – Pelarian Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar di sini dapat juga merasai program berbuka puasa hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan yang dilancarkan oleh HALUAN April lepas.

Seramai 600 orang penduduk miskin di Kem Nayapara dan Kem Balukhali telah terpilih menyertai iftar kali ini. Mereka sangat gembira dan bersyukur dapat merasai juadah berbuka puasa yang lebih enak sepanjang Ramahan 2020 ini.

Hasil sumbangan derma rakyat Malaysia yang prihatin melalui HALUAN, penganjur telah mengadakan kempen tajaan berbuka puasa di dua kem pelarian Rohingya itu sekaligus membuka peluang dermawan Malaysia berkongsi rezeki dengan menaja makanan iftar untuk mereka yang daif dan miskin.

Mereka sangat teruja gembira dan mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar negara Malaysia bebas daripada ancaman pandemik COVID-19.

HALUAN merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang iftar Rohingya ini dan berharap semoga sumbangan ini diberkati Allah dan menjadi sebahagian amal soleh terbaik anda di bulan Ramahan yang barakah ini.

Anda yang pernah terlepas peluang masih belum terlambat. Berbaktilah melalui kami dengan menderma melalui pautan berikut:


Laporan Abd Bashir Abd Ghani, Ketua Projek Bantuan Rohingya Luar Negara